Sunday 11 May 2014

Hadiah sempena hari ibu?

Assalamualaikum..



Meriahnya wall FB harini dengan ucapan selamat hari ibu buat ibu-ibu tersayang..walaupun bagi saya setiap hari pon adalah hari ibu tapi tidaklah salah untuk kita meraikan mereka ini dengan membuat mereka merasakan diri mereka begitu istimewa hari ini..dan saya pon tak ketinggalan untuk menghubungi Mama saya di kampung. Walaupun terasa sedikit terkilan sebab tidak dapat menyambut hari ibu bersama-sama tapi Alhamdulillah Allah dah beri kesempatan untuk kami adik beradik berkumpul pada minggu lepas. Cantik perancangan yang Allah dah atur.

Al-Fatihah buat arwah ibu mertua saya juga yang telah pergi meninggalkan kami setahun yang lepas. Mami sentiasa berada di dalam ingatan kami semua. Mereka berdua inilah insan yang telah memberi banyak tunjuk ajar pada saya untuk menghadapi cabaran setelah bergelar isteri dan ibu..semoga Alah merahmati mereka berdua..amin..

Jadi apa hadiah hari ibu anda??

Ramai anak-anak yang terlalu nak berikan kemewahan kepada ibu dan bapa mereka..ada yang sanggup belanjakan wang ribuan ringgit untuk membeli beg tangan berjenama, baju berjenama, jam tangan berjenama tapi adakah itu lebih bernilai dari harga sebuah KESIHATAN??haa..ramai yang terlepas pandang akan hal ini..ingat yer kalau ibu dan bapa kita jatuh sakit apa nilai beg tangan mahal itu?apa nilai jam tangan mahal itu?

Walaupun tak salah untuk berbelanja lebih pada mereka sebagai hadiah atau reward tapi prioriti kita sebagai anak adalah memastikan mereka sentiasa sihat terutamanya anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Takkan nak tunggu mak mengadu sakit lutut dulu baru nak cari supplement untuk lutut kan?takkan ayah mengadu lenguh2 badan baru nak cari supplement untuk lenguh badan kan?boleh faham sendiri kot kalau dah umur 50-an kita sebagai anak dah boleh carikan mereka supplement untuk tenaga, supplement untuk sakit lutut, sakit pinggang atau apa2 suplemaent yang sesuai dengan mereka. Kadang-kadang orang tua ni tak nak menyusahkan anak-anak..bila ditanya sihat ke tidak mesti dijawabnya sihat walaupun nak bangun duduk semasa solat pon susah.

Berkat sedikit ilmu yang saya pelajari dari workshop Shaklee dan pendapatan yang saya peroleh dari Shaklee saya hadiahkan set-set kesihatan ini pada ibu dan bapa saya setiap bulan dan syukur Alhamdulillah kesihatan mereka bertambah baik dari hari ke hari.

1. Set sendi shaklee untuk Mama


Mama saya mengalami sakit sendi lutut yang agak teruk akhir tahun lepas dan ini menggangu pergerakan beliau semasa bersolat. Selain itu, ibu jari mama juga tidak boleh dibengkokkan sehingga perlu jalani rawatan fisioterapi di hospital setiap minggu. Risau dengan keadaan itu saya terus belikan Mama set ini dan Alhamdulillah nurse pon terkejut kerana Mama dapat bengkokkan ibu jari dalam waktu yang singkat. Dengan konsisten mengambil Omegguard juga darah tinggi dan bacaan kolesterol menurun dengan sendirinya dan sekarang ini bacaan darah tinggi Mama telah kembali normal dan tidak perlu lagi berpantang. Lenguh-lenguh badan pon hilang dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur bagi menggantikan susu. Orang tua mana sukakan susu..hehe

2. Set gout shaklee untuk Papa

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Alfalfa yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid urik ini. Pesakit gout juga memerlukan air yang banyak justeru Performance Drink berperisa oren yang sedap ini membantu mengekalkan jumlah air di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. Omegaguard membantu mengurangkan keradangan dan AJHT memberi keselesaan kepada sendi.

3. Vivix untuk Papa

Alhamdulillah dengan izinNya Papa telah berhenti merokok sepenuhnya dengan bantuan supplement Vivix. Sebelum ini saya juga kurang percaya dengan testimoni dari pengedar-pengedar lain tentang Vivix boleh membantu perokok tegar berhenti merokok sehinggalah Papa berjaya berhenti merokok dengan hanya botol Vivix pertama sahaja. Mama dan saya lah orang yang paling gembira. Bila ditanya apa yang menyebabkan Papa 'quit smoking' dengan begitu mudah, Papa cakap lepas makan Vivix tu rasa rokok tu jadi 'tawar'. Patotlah ada testimoni sebelum ini yang mengatakan suaminya rasa rokok tu macam pahit lepas makan Vivix, lepas tu terus berhenti..:)


Apa-apapon segalanya dengan izinNya jua...Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan Shaklee di kala ibubapa saya perlukan suplement-supplement tambahan untuk membaik-pulih kesihatan mereka. Semoga kita sebagai anak-anak tidak mengabaikan kesihatan mereka ini. Prevention is better than cure..Selamat hari ibu semua!!:)

Jangan segan menghubungi saya untuk mendapatkan supplement hebat ini dengan konsultasi percuma!

Zihan (SID : 891703)
0133651877 / 0166691877
COD area ; Shah Alam, Bukit Jelutong, Putrajaya, Bangi, Kajang, dan sekitarnya.






No comments:

Post a Comment