Friday 29 May 2015

10 tips luka bersalin cepat sembuh


Selain proses bersalin itu sendiri, apa yang ramai ditakuti oleh kebanyakan wanita adalah luka perinium atau luka jahitan lambat sembuh. Lagi menggerunkan jika luka jahitan terbuka!

Dijahit buat kali kedua dalam keadaan diri masih berpantang adalah sangat menakutkan. Ini pengalaman saya sendiri ketika bersalin anak yang pertama di mana luka jahitan terbuka setelah 2 minggu bersalin dan terpaksa dijahit semula. Ouch! Nasib baik doktor bagi ubat bius. -__-

Walaubagaimanapun, ianya sesuatu yang harus dielakkan. Yerlah, siapa la yang sanggup dijahit hidup-hidup dalam keadaan luka masih belum sembuh. Jadi, bila bersalin anak yang seterusnya saya sangat berhati-hati dan mula menggali ilmu berpantang yang betul.


Tips luka bersalin cepat sembuh


Ini saya kongsikan tips yang saya sendiri amalkan. Lepas saya amalkan tips ini, 2 minggu lepas bersalin anak yang seterusnya dah boleh duduk bersila tau..hehe jalan pon laju jer. Kalau mak ada mesti kena cepuk. ;p


1. Jaga kebersihan tempat luka

Ibu-ibu mestilah menukar pad dengan kerap dan pastikan tempat luka sentiasa kering. Ini penting untuk elakkan jangkitan kuman. Kalau boleh dedahkan tempat luka sekali-sekala atau keringkan dengan hair dyer. 

2. Lakukan sitz bath


Tips ini sangat- sangat mujarab yer. Caranya pon mudah saja. Rebuskan segenggam garam kasar, asam gelugur dan majakani dalam periuk. Setelah itu, masukkan dalam besen. Campurkan dengan air biasa sehingga air agak suam dan berendam selama 15 minit. Seeloknya lakukan setiap hari pada 2 minggu pertama.

Menurut doktor larutan garam dapat menarik sel-sel putih ke kawasan episiotomi bagi mengawal infeksi.  Saya juga campurkan 1 sachet Uncang Cuci Herbanika NR untuk lebih berkesan.

3. Sapu tempat luka dengan manjakani.


Asah majakani pada belakang pasu atau lesung batu dan sapukan pada tempat luka setiap kali anda mandi atau buang air.

4. Lakukan senaman kagel

Pada wanita yang belum tahu apa itu senaman kagel, anda wajib ambil tahu sekarang!Ianya penting bukan sahaja untuk cepatkan penyembuhan luka tetapi boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga. ( if you know what i mean ;p)

Senaman ini seperti anda menahan kencing. Tahan selama 20 saat dan lakukan 2-3 kali sehari. 

Senaman ini mampu melancarkan pengaliran darah pada kawasan luka seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka selain menguatkan otot pelvik untuk mengelakkan masalah peranakan jatuh atau tombong di kemudian hari.

5. Minum pati ikan haruan


Seeloknya  mula minum pati ikan haruan selepas 2 minggu untuk pastikan luka dalam sembuh dengan semulajadi terlebih dahulu. Ini brand pati ikan haruan yang saya ambil. Rasanya sedap. Tak perlu nak tutup hidung ketika diminum..hehe

Namun, adalah lebih baik jikalau suami anda boleh dapatkan ikan haruan fresh dari pasar dan dimasakkan sup ikan haruan.

6. Makan supplement



Bukan sahaja doktor, kak bidan yang datang mengurut saya pon suruh saya ambil vitamin C dan Zinc untuk luka cepat kering. Saya amal setiap hari dan memang luka kering dengan sangat cepat. Bonusnya kulit pun makin cerah dan licin dengan Vitamin C ini.

7. Titikkan minyak pada pad.

Saya guna minyak herbanika NR. Anda boleh guna minyak lain dalam set bersalin anda. Tujuannya untuk menarik darah nifas keluar dengan lebih lancar. Rasa pon selesa dan berangin jer.

8. Banyakkan makan buah dan sayuran

Buah dan sayur bekalkan vitamin C dan vitamin lain yang baik untuk penyembuhan luka selain elakkan sembelit.

Buah yang boleh dimakan oleh ibu berpantang adalah seperti buah oren, anggur dan epal. Buah tempatan seperti pisang adalah A BIG NO yer kerana kebanyakanannya bersifat sejuk dan berangin. Sayur yang digalakkan makan pula adalah sawi, kubis dan lain-lain yang tidak menjalar.

9. Jangan banyak bergerak dan buat kerja rumah.

Peranan suami sangat penting dalam memastikan ibu mendapat rehat yang cukup sepanjang berpantang. Namun ada juga yang terpaksa membuat kerja rumah di kala berpantang.

Pun begitu, harus diingatkan jangan sesekali mengangkat benda berat selain bayi anda. Berjalan pon mesti kepit-kepit tau. Duduk, bersin, batuk pon haruslah dengan penuh sopan. -_-

10. Elakkan sembelit



Sembelit akan menyebabkan tempat jahitan anda meregang dan mudah terbuka. Jadi tips saya anda mestilah amalkan diet seimbang. Buah oren, buah prun dan sawi wajib makan hari-hari.

Penyelamat saya adalah cecair Lactulose.  Saya minum ubat ini yang dibekalkan oleh hospital sejak hari pertama lagi. Penyelamat yang tidak kurang pentingnya juga adalah Ostematrix. Ianya bukan untuk masalah sembelit tetapi jika diambil sebanyak 4biji sebelum tidur ia akan membantu melancarkan pergerakan usus selain melembutkan najis. Esok pagi confirm boleh membuang dengan lancar!😅

----------------------------
Semoga info di atas dapat membantu ibu-ibu yang bakal bersalin atau sedang berpantang. Jika anda ikuti tips ini InshaAllah anda akan mendapat pengalaman berpantang yang manis dan menyenangkan.

Sekiranya anda nak dapatkan Set Bersalin Shaklee lengkap ataupun loose item, anda boleh hubungi saya ok!:)


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 013-3651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment