Thursday 22 May 2014

Atasi sakit sendi dengan AJHT

Assalamualaikum, 

Pernah tak ibu dan ayah kat kampung mengadu sakit lutut atau sakit sendi? Mesti ada kan? Tak mungkin tak ada sebab biasanya bila masuk umur 50-an kita akan rasa sakit-sakit sendi kerana cairan lendir pada sendi sudah bekurangan terutamanya pada mereka yang berlebihan berat badan dan aktif semasa usia muda.


Saya pernah terbaca kisah ibu Master Maria yang terpaksa menjalani pembedahan di kedua-dua belah lutut. Puncanya adalah kerana cairan lendir dalam sendi untuk licinkan tendon dan ligamen beliau sudah kurang. Jadi apabila tulang atas dan tulang bawah bergesel itu yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Pada mulanya beliau hanya perlu menjalani pembedahan di lutut kanan akan tetapi oleh kerana kesan sampingan pembedahan itu memberi tekanan kepada lutut kiri maka selepas beberapa lama lutut kiri pula perlu dibedah.

Allahuakbar, saya yang baca ni pon hampir menitiskan air mata membayangkan kalau ibu saya yang berada di tempat ibu beliau. Kesakitan yang dialami selepas pembedahan dan semasa menjalani sesi fisioterapi memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Sebenarnya ibu saya juga pernah mengadukan hal yang sama. Suatu hari beliau mengalami kesakitan pada sendi lutut dan rasa sakit semasa melakukan pergerakan rukuk dan sujud dalam solat. Kebetulan juga pada waktu itu sendi ibu jari tangan kanan beliau pula tidak dapat dibengkokkan dan terasa kebas-kebas. Alhamdulillah pada masa itu saya sudah mengenali AJHT dan terus hadiahkan Set Sendi Shaklee pada beliau. 


Hanya selepas satu botol beliau tak ada lagi mengadu sakit lutut dan masalah ibu jari kanan yang tak dapat dibengkokkan itu pon sudah boleh dibengkokkan tanpa rasa sakit. Selepas beberapa sesi fisioterapi saya juga nasihatkan untuk ibu saya selalu membalut tangan dengan kain yang telah direndam dengan air suam. Syukur Alhamdulillah sekarang masalah ini sudah selesai.


Jadi sekarang 3 supplement ini memang bekalan wajib ibu saya setiap bulan. AJHT dan set sendi ni memang penyelamat dengan izin Allah.


Kesimpulannya, sebagai langkah pencegahan awal mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas WAJIB mengambil supplement untuk kesihatan sendi ini. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 





KEBAIKAN Joint Health Tablets
  • Menyokong keselesaan sendi 
  • Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi
  • Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.Bertindak sebagai kusyen 
  • Ekstrak jagung Membantu mengekalkan tulang rawan. - Membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. 
  • Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Zink, tembaga, mangan dan vitamin C. Nutrien pentinng dalam kesihatan sendi - Membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment