Friday 16 May 2014

Manfaat biji kopi

Assalamualaikum..


Anda suka minum kopi?sebenarnya kopi sangat bagus untuk kesihatan kalau tidak diambil berlebihan..saya dan suami pon sukakan kopi dan kat rumah pon memang ada 'coffee maker' untuk lebih mudah nak grind kopi sendiri..

Kalau ada coffee maker mestilah ada biji kopinya kan?kebetulan ada satu brand biji kopi yang husband beli haritu kurang sedap..nak dibuang sayang so saya cubala search apa lagi kegunaan lain biji kopi ni.

5 manfaat kopi yang anda mungkin tidak tahu!

1. Menghilangkan bau pada tangan


Biasanha lepas mongupas bawang merah atau bawang putih baunya apsti akan melekat pada tangan kan? cara nak hilangkan bau ini adalah dengan menggenggam biji kopi selama beberapa minit dan bau itu akan hianh dengan sendirinya.

2. Sebagai penahan lilin


Kalau tiada candle holder yang cantik untuk meletakkan lilin sebagai hiasan, letakkan sahaja biji kopi di dalam pasu atau bekas yang transparent. Bukan sahaja cantik tapi juga boleh memegang lilin dari jatuh kerana lelehan lilin yang cair itu akan menyalut dan mengeraskan biji kopi.

3. Peneutral bau

Kadang-kadang kita akan rasa pening kalau masuk dalam rumah yang baru dicat bukan? Letakkan sebekas biji kopi di tengah ruang pasti bau cat itu akan hilang. Begitu juga dengan kasut, toilet dan mana2 ruang yang ada bau tidak enak boleh lah letakkan bjji kopi disitu kerana kopi bertindak meneutralkan bau. Sebab itulah mesti ada disediakan biji kopi di kedai yang menjual perfume. Saya juga letakkan biji kopi di dalam satu bekas kecil di dalam setiap toilet..memang bau yang kurang enak tu hilang!

4. Mengecilkan pori pada wajah


Rendamkan 2 sudu biji kopi dengan air panas. Setelah ia agak suam cuci wajah anda dengan air tersebut. Ini boleh mengecilkan lianh-liang pori pada wajah dan menghaluskan kulit.

5.  Memberi ruang di tengah kulit pie (pie crust)


Dulu saya pon tertanya-tanya kenapa chef-chef akan meletakkan biji kopi atau biji kacang soya di tengah kulit pie sebelum membakarnya. Rupanya cara ini boleh mengelakkan lapisan kulit pai ini dari menggelembung dan kelihatan tidak cantik.

Semoga bermanfaat untuk semua :)

No comments:

Post a Comment