Wednesday, 9 July 2014

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat

Assalamualaikum..


cara mudah hilangkan jerawat dan parut jerawat dengan cepat dan berkesan

Oh jerawat!!!seramm mak nok..hehe

Siapa yang suka jerawat?takde orang yang suka kan?bayangkanla esok korang ada acara penting macam kenduri kahwin ke, nak tunang ke, nak dating ngan boypreng ke tetiba seketul jerawat keluar kat dahi, hidung, dagu, pipi korang..oh tidakk!!


So meh sini saya nak kongsikan cara menghilangkan jerawat dengan cepat dan mudah. Cara ini memang telah terbukti berkesan pada saya sendiri. Jangan tak tahu walaupun dah beranak pinak dan hormon dah kacau bilau, oleh kerana saya ikut tips ni, semua jerawat saya segan nak tumbuh..hehe



Cara menghilangkan jerawat

Bagi saya, cara nak maintain kulit bersih mulus sihat adalah dengan menjaga kebersihan kulit sebelum mendapat jerawat. Tapi jangan risau bila jerawat sudah timbul. Nanti saya kongsikan tips terbaik!baca sampai habis ok..:)


1) Sebelum mendapat jerawat

Ini lebih kepada langkah penjagaan dan pencegahan la yer..ini yang saya amalkan :

  • Saya suka minum air putih dan saya wajibkan diri saya untuk minum sebanyak 3liter air putih sehari. Jangan tak tahu air juga sangat penting kalau korang nak kuruskan badan. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa ni tolonglah ambil berat tetang water intake korang. Sebabnya bila badan mengalami dehidrasi, kulit juga turut mengalami dehidrasi dan kulit akan lebih mudah kering dan menggelupas.
  • Kerap mencuci muka especially kalau korang banyak menghabiskan masa di luar rumah. Udara yang kotor, asap dan debu pencemaran boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat..haa inilah punca jerawat!
  • Menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit dan bebas paraben. Saya gunakan Nutriwhite..lembut sangat cleanser ni.
  • Selalu-selalulah 'buat facial'..oh tak perlu ke spa untuk buat facial..buat kat rumah pon boleh..mana-mana yang ada blackhead tu boleh buat masker putih telur..nanti saya share resepi saya..;)
  • Banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan berlemak dan berminyak yang boleh merangsang jerawat.
  • Tidur secukupnya boleh merehatkan tubuh dan kulit jugak tau.
  • Exercise everbody!bukan nak kurus jer kena exercise yer adik kakak..kerana dengan bersenam ia akan membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. 
  • Saya makan supplement! Yesss! inilah perisai kepada masalah jerawat saya kerana dengan amalkan supplement ni ianya seolah-olah memberi makanan sihat kepada kulit saya dari dalam. So bila kulit sihat dan sel kuat, maka sel kulit saya lebih kuat untuk melawan radikal-radikal bebas yang menjadi punca kepada masalah jerawat.

Supplement apa yang saya amalkan?

cara menghilangkan jerawat dan parut jerawat dengan cepat

Saya amalkan Vitamin C, Vitamin E , B complex dan ESP SETIAP HARI

Setiap satu ni ada peranan dan kelebihan masing-masing. Sebab tulah bila ada yang tanya saya boleh ke kalau saya ambil 1 jer atau 2 jer produk? Jawapan saya 
mestila bolehhh...tapi kesannya tak sama lah yer..:)

Meh sini korang saya share kenapa saya amalkan set kecantikan ni..

Vitamin C - perasan tak bila kita amalkan ambil Vitamin C kita akan jarang dapat selsema atau demam. Ini kerana Vitamin C boleh tingkatkan sistem imuniti kita. Selain itu, Vitamin C juga adalah antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran udara, buang toksin dalam bdan dan menrangsang pembentukan kolagen.

Vitamin E - nak awet muda makanla Vitamin E!yang ni betul sangat..saya pernah jumpa sorang makcik yang umurnya 50-an tapi kulit dia Mashaallah cantik licin sangat..kenapa?kerana Vitamin E ini boleh bantu segarkan dan melembapkan kulit dan melindungi kulkit dari sinaran uv matahari.

Vitamin B complex - korang tau tak Vitamin B complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress?bila less stress, less pimples yang tumbuh kan?selain itu B complex ni boleh cegah kulit menjadi kering, hilangkan garis-garis halus yg nampakkan korang tua tu (hihi), cegah pigmentasi dan mengubati jerawat.Vitamin B5 pula mengurangkan jerawat dengan membantu pemecahan lemak dan minyak pada kulit. Gabungan vitamin B5 dengan vitamin C adalah sangat berkesan dalam mempercepat penyembuhan luka dan merawat parut. 

ESPProtein merupakan makanan asas sel. Sel kulit wajah bertukar setiap 3 minggu, jadi pembentukan sel baru yang sihat amat penting. Apabila sel mendapat protein yang mencukupi, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel lama yang telah mati dan menghasilkan kulit yang lebih cantik. Protein juga mempunyai indeks glisemik yang rendah dan membantu dalam mengurangkan pertumbuhan jerawat. 

2) Selepas jerawat tumbuh

Kalau tadi lebih kepada langkah-langkah pencegahan, ini pula apa yang patut korang buat bila jerawat dah bertapak atas hidung, pipi atau mana-mana bahagian muka korang yang cun-melecun tu..hehe




1) Sental dengan bawang putih - memang pedih dan menyakitkan tapi sangat terbukti boleh hilangkan jerawat.




2) Timun - korang blend timun tu sehingga hancur dan tepek dekat tempat jerawat atau seluruh wajah pon boleh.




3) Madu - madu ialah pembunuh bakteria semulajadi dan juga boleh melembapkan kulit at the same time. Gunakan hanya 1sudu besar madu setiap kali dan tepek kat muka macam masker pastu bilas dengan air suam.




4) Tomato - nak wajah halusss mulusss makanla tomato banyak2 nanti kulit jadi licinn macam tomato..uhuhu yang ada masalah blackhead atau pori terbuka juga sangat elok buat masker pakai tomato ni. Caranya belah tomato dan gosokkan pada muka. Selepas 15 minit boleh cuci okay!




5) Kulit kayu manis - selain mengecutkan jerawat kulit kayu manis ni boleh juga hilangkan parut tapi memerlukan kesabaran yang maha tinggi lah yer..lambat kesan dia..


6) Ubat gigi - yang ni i belum try..so tak tau keberkesanan dia..hehe



Kaedah di atas ni memang mudah dan murah tapi sangat memerlukan kesabaran dan kerajinan dan konsistesi..hihi nak yang mudah??



Tiru macam saya~~

Selain dimakan atau ditelan, yang bagusnya supplement shaklee ini boleh juga dibuat masker. Vitamin semulajadi la katakan..

1) MASKER VITAMIN C




Ambil 1 biji Vitamin C, patahkan kepada 2 bahagian dan rendam dalam 1sudu air bersih. Bila vitamin C dah kembang korang hancurkan dengan menggunakan jari yang bersih. Sapu pada muka dan bilas selepas 30minit.


Korang akan rasa gatal-gatal sikit dan ia petanda yang baik sebab itu tandanya vitamin tersebut telah meresap ke dalam kulit. Cara ini boleh menghilangkan jerawat dan haluskan kulit korang. Serius tau..lepas cuci tu cuba korang usap2 sket pipi tu..licin lain macam kan?


2) MASKER VITAMIN E



Ambil 1 kapsul Vitamin E, cucuk kapsul dengan menggunakan lidi atau jarum yang bersih. Picit keluar minyak Vitamin E ke atas tangan atau bekas dan sapu rata ke seluruh muka. Yang ini sebaiknya dibuat sebelum tidur, pagi besoknya boleh cuci.

Masker vitamin E ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat. Inshaallah dalam masa beberapa hari jerawat akan kecut sebab Vitamin E ni sangat tinggi antioksidan. Kalau ada parut atau jeragat hitam tu kan nanti akan makin pudar dan pudar jugak.


3) MASKER ESP DAN YOGURT




Yang ni pon i like! Keluarkan yogurt dari dalam peti ais tu sejuk-sejuk..cedukkan 3 sudu ke dalam mangkuk. Lepas tu campurkan dengan 2 sudu ESP. Kacau-kacau sehingga sebati. Sapu rata ke muka dan kalau ada lebih boleh makan..hehe 


Di kala korang stress-stress balik kerja atau lepas study tu buatla masker ni..sesuai sangat untuk rehatkan otak!nyamannn sangat..


Masker ESP ini juga salah satu cara menghilangkan jerawat dan menggebukan kulit..kulit pon makin cerah sebab protein dalam ESP ni bantu repair dan renew sel-sel kulit mati kepada sel baru. Boleh juga kalau korang nak campurkan dengan oats, serbuk kulit kayu manis, putih telur atau serbuk kolagen.



Apa-apa pon seperti yang saya bagi tahu di awal perkongsian tadi, adalah lebih baik kita menjaga kebersihan kulit wajah dan menjaga pemakanan untuk mengelakkan jerawat dari menumpang di wajah kita. Bukan ke mencegah itu lebih senang dari merawat..:)


Semoga tips tentang cara menghilangkan jerawat dengan cepat ini bermanfaat..kalau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ok..nak order pon boleh contact..exclusive tips for my customer semestinya! :)




Ingin menjana pendapatan sampingan dengan shaklee?
Inginkan maklumat lanjut mengenai produk?
Sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

13 comments:

  1. Tips menarik ni, ada juga yang saya tak tahu dan tak pernah buat. Boleh amalkan ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acne or Pimple is a BIG Problem that crosses the borders of age, gender, race and social status. Benzac AC is a topical water-based gel wiyh its active ingredient benzoyl peroxide perfect for the treatment of acne. Benzac AC aparts from its acne-treatment counterparts is that it does not contain alcohol and it is fragrance free. Read more at:
      http://kidbuxblog.com/hard-on-acne-soft-on-skin/

      Delete
  2. Nak cubalah....tq for the tips...;)

    ReplyDelete
  3. 2 in 1 ye... masker dan Yogurt perisa ESP sbg snack sihat gtu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah dear..kalau lebih boleh ceduk makan..hehe ;p

      Delete
  4. Yang vitamin c tu boleh tak pakai satu malam, bila bangun pg baru basuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, masker vitamin C tu saya biasa pakai dalam 30 minit ajer..kalau lama2 nnt kulit jadi kering..

      Delete
  5. saya pernah cuba yang bawang putih tu... muka saya lagi bertambah .. then kulit jadi hitam bergelembung...

    ReplyDelete
  6. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete