Thursday 14 November 2013

Set Gout Shaklee

Apakah gout?


Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protein bernama purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Jadi asid urik yang terkumpul di dalam sendi ini akan menjadi punca kepada penyakit gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

Tanda-tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Rawatan
  • Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
  • Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan
  • Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
    ELAKKAN MAKAN
    KURANGKAN MAKAN
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardin
  3. Daging cincang
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin

Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Minum banyak air - hubungi saya untuk menyukat jumlah air yang diperlukan badan anda
 sumber : Lifeline

Oleh itu, pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout sangat perlu menjaga diet seharian. Jika anda mahukan alternatif selain ubat penahan sakit, jom cuba supplement berikut :



1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah 
berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :

FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment