Monday, 8 July 2013

Vitamin ibu hamil dan menyusu yang berpuasa

Assalamualaikum





Saya tahu mesti ada mommies yang sedang hamil dan menyusu tercari-cari ape supplement yang terbaik untuk anda ambil bagi mengekalkan tahap kesihatan mommies dan baby secara optimum di bulan puasa nanti kan.


Ada yang pm saya bertanya,


 "Saya sedang mengandung, cemana nak puasa?larat ke saya nanti?apa cara tak nak kasi gastrik or dehidrasi?'

"Saya menyusu..kalau saya puasa nanti cukup ke susu nak bagi baby?tak kering ke susu nanti?"

Ini memang soalan-soalan femes dari ibu atau bakal ibu yang pertama kali nak puasa...saya tau sebab saya pon pernah lalui..yerlah..bila kita hamil buat kerja sikit kita akan cepat mengah, makin bertambah usia kandungan makin berat lah beban perut yang perlu dibawa. Yang baru first trimester pulak berperang dengan morning sickness nya pulak kan..bagi ibu menyusu pulak, tekak ni cepat jer dahaga..dugaan dugaan..


Tapi janganla bimbang, Islam kan agama yang sempurna, ia takkan sesekali menyusahkan umatNya. Bagi wanita hamil dan menyusu Allah memberi kelonggaran atau rukhsoh di mana wanita tersebut boleh meninggalkan puasa tetapi wajib menggantikannya pada bulan lain. Sayangnya Allah pada kita kan?


Akan tetapi selagi mampu seboleh-bolehnya mommies semua berpuasa lah ok..rebut keistimewaan pahala berganda berpuasa di bulan Ramadhan ni..apa lagi wanita hamil yang berpuasa mendapat pahala puasa pada siang hari dan puasa beribadat pada malam hari..tak nak ke?


Pengalaman saya sendiri..Alhamdulillah saya dah 4 tahun berturut-turut berpuasa penuh..tahun pertama saya disahkan mengandung anak pertama, tahun ke 2 saya menyusu anak pertama dan haid x datang, tahun ke 3 mengandung anak ke 2 dan tahun ke 4 menyusu anak ke 2..dan tahun ni InshaAllah kalau diizinkan penuh jugak berpuasa sebab masih menyusukan baby yang baru berusia 2 bulan ni..Alhamdulillah sangat-sangat..:)


Yang penting mesti set dalam minda yang kita boleh, sentiasa berfikiran positif, buat persediaan awal, banyakkan mengambil makanan berkhasiat yg kaya dengan serat dan minum air kosong secukupnya pada waktu malam, jangan ambil minuman berkafein seperti teh dan kopi, jangan sesekali miss waktu sahur dan jangan lupa DOA..yer mommies semua berdoalah semoga Allah permudahkan ibadat kita..sentiasa memberi kita kekuatan agar kita mampu harungi semua dugaan dengan mudah..


Yang penting mommies jaga pemakanan yang kita ambil semasa berpuasa..jangan makan ikut sedap tekak kita jer..hehe sebab kajian menunjukkan kuantiti susu ibu tidak akan menurun ketika berpuasa tetapi KUALITI susu akan terjejas sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang berkhasiat sewaktu berbuka dan bersahur..yang sedang mengandung pon sama, kalau si ibu tidak makan makanan seimbang, sedikit sebanyak baby pon akan turut kekurangan nutrient..baby kan bergantung sepenuhnya dengan apa yang kita makan..kalau kita mkn makanan tak berkhasiat kesian baby kan?


Jadi mommies semua jangan ambil mudah..sebaiknya ambil supplement tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi yang kita ambil dari makanan kita.Berikut cadangan supplement untuk ibu menyusu dan ibu hamil yang optimum.




SET IBU HAMIL
SET IBU MENYUSU



SET MIGHTY 3 GEMS
Boleh hubungi saya untuk pemilihan set yang tepat dengan keadaan kesihatan anda ok..tq


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877

Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment