Monday, 1 July 2013

Tips kanak-kanak berpuasa oleh Wardina Safiyyah

Assalamualaiukum

Julai telah tiba dan kita semua bakal menyambut Ramadhan dalam beberapa hari je lagi..tak sabarnya kan?semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada kita semua..

Ada ke anak-anak yang bakal pertama kali berpuasa tahun ini?anak-anak yang dah berpuasa pula start belajar puasa pada umur berapa tahun? Mesti ada ibu bapa yang gelisah kan?yerlah first time kan..tak tahu macam mana tahap kemampuan anak..boleh ke dorang berpuasa?mampu ke?larat ke?

Tak payah nak gusar tak payah gelisah..tiada umur tertentu yang mewajibkan anak-anak mula berpuasa..tidak seperti tuntutan solat..kalau solat, 7 tahun dah kene solat kan..kalau tak solat pada umur 10 tahun kene rotan yer..:)

Rasulullahh Ṣ.A.W bersabda (mafhūmnya): “Telah diangkat qalam daripada tiga perkara (iaitu) : daripada kanak-kanak hingga dia (dikira) dewasa, dan daripada orang yang tidur hingga dia jaga, dan daripada orang gila hingga dia waras.”

Maksud qalam disini ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat.  Tapi menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melatih anak-anak ini sejak dari awal. 

Namun begitu, puasa ni haruslah di ajar dari awal..mungkin pada umur 5 tahun annak itu mampu berpuasa 3 hari penuh, tahun depan mungkin seminggu, tahun depan-depan 2 minggu begitulah seterusnya sehingga anak itu mampu berpuasa selama sebulan penuh.

Saya pernah terjumpa satu video yang dikongsikan oleh Wardina Safiyyah tentang cara melatih kanak-kanak berpuasa..cari punya cari Alhamdulillah..jumpe jugak akhirnya..di sini saya share dengan anda semua..sangat bermanfaat untuk ibu bapa yang pertama kali nak ajar anak berpuasa.




Antara tips yang dikongsikan ialah :
  1. Biasakan anak-anak dengan solat dahulu -  biasakan anak dengan solat dari awal dan wajibkan mereka bersolat apabila umur 7 tahun. Walaupun kedua-duanya wajib tetapi sayangnya ramai umat sekarang puasa tapi tidak solat
  2. Berpuasa adalah proses - cuba latih anak-anak secara perlahan-lahan. Kalau anak rasa tak larat dan minta nak berbuka biarkan tapi kalau boleh galakkan dia berpuasa lebih lama pada esok harinya pula.
  3. Ajarkan anak amalan-amalan lain seperti membaca Quran, solat tarawikh, doa dan belikan bahan bacaan mudah tentang puasa dan Ramadhan kepada anak-anak
  4. Ajak anak-anak buat aktiviti - ini lebih kepada untuk 'kill the time' bak kata omputih..bila anak2 ralit buat aktiviti mereka tidak akan sedar masa berjalan. Contoh aktiviti seperti buat drawing bersama-sama
  5. Beri mereka info/ kefahaman tentang Ramadhan and get them excited about it. Sentiasa ingatkan mereka fasting is not all about tak boleh makan, tak boleh minum but more than that.
  6. Ajarkan anak-anak bersedekah - sebab antara amalan yang sangat disukai Allah di bulan Ramadhan adalah banyakkan bersedekah. Anak-anak belajar melalui observation, jadi ibu bapa mesti mulakan langkah.
  7. Fahamkan kenapa anak-anak ini disuruh berpuasa dan bersolat . Bila anak faham kenapa, barulah mereka berpuasa dengan rela hati.
  8. Sentiasa pantau anak-anak supaya sentiasa amanah dan tidak menipu ketika berpuasa. 
  9. Puji anak-anak apabila mereka berjaya berpuasa.  Ini sangat penting untuk naikkan semangat anak-anak.
  10. Pastikan mereka bersahur atau mengambil breakfast bagi yang baru mula nak berpuasa. Remember!sahur/breakfast is a kick start of the day. Jika anak tak bangun sahur boleh kecualikan anak itu tidak berpuasa pada hari tu. Alasan ni valid tuk kanak-kanak jer yer..jangan ade orang tua buat alasan tak kejut sahur pulak tak puasa..><
  11. Understand the blessing of Ramadhan dan cuba create memori-memori indah sepanjang Ramadhan.


Selain tips-tips di atas. sebagai ibubapa kite mestilah bekalkan nutrisi yang lengkap sepanjang seharian berpuasa. Pastikan anak berbuka puasa dengan makanan yang seimbang. Selain itu, saya menyarankan anda memilih Mealshake bagi memastikan anak-anak tidak kekurangan nutrisi sepanjang berpuasa. Ia juga boleh meningkatkan sistem imuniti anak anda. Jadi anak anda tidak akan mudah mendapat sakit, demam, selsema dan sebagainya. 

Omega guard atau kapsul minyak ikan ini pula sangat penting untuk anak-anak lebih fokus pada pembelajaran. Kaya dengan asid lemak Omega 3 semulajadi, ianya sangat penting untuk perkembangan otak anak-anak. Nak anak pintar, makanlah minyak ikan Omegaguard!:)

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877

Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment