Tuesday, 18 June 2013

Tips kulit sihat dan cantik

Assalamualaikum



Siapa nak cantik angkat tangan!hehe 

Sememangnya lumrah bagi kita wanita nak selalu kelihatan cantik kan?tak hairanlah kalau setiap kali produk baru keluar untuk cerahkan kulit ke, untuk hilangkan jerawat ke, untuk pudarkan parut ke mesti laris habis kan..tapi bagi saya sendiri di samping nak cantikkan luaran, dalaman pon kene cantik yer..bila dalaman cantik, akhlak cantik, peribadi cantik InshaAllah semua pon jadi cantik..:)

Berhati-hati ketika memilih produk kecantikan kerana kebanyakannya mungkin hanya bertahan dan memberi kesan positif selama mana anda memakai produk tersebut, bila stop pakai jerawat mungkin tumbuh balik, kulit jadi kusam semula dan yang paling teruk sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin ada kesan sampingan yang tertentu timbul seperti jerawat makin banyak, kulit menggelupas dan sebagainya.

Selain dari penjagaan pemakanan yang seimbang, air jugak mesti diambil dengan kadar mencukupi barulah kulit jadi cantik dan segar sentiasa..bila dah kulit sihat semulajadi, tak payah nak tempek macam2 kat muka..bila wajah dah makeup-free, ianya bebas dari bahan kimia dan menjadikan kulit lebih sihat. Nak keluar pon senang, secalit bedak dan lipstik terus boleh keluar, si dia pon tak merungut lama menunggu..hehe

Di sini terdapat beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang sihat.


1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.


Selain itu, anda juga digalakkan mengambil supplement atau vitamin tambahan untuk kulit anda..vitamin shaklee adalah vitamin semulajadi yang merawat masalah dari dalam dan anda tak perlu bergantung pada produk kecantikan yang lain.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703



No comments:

Post a Comment