Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, radang, menggelupas, kemerahan, merekah, berair, berdarah dan gatal.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Ekzema biasanya menyearnag kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga belasan tahun dan sangat sukar diubati.
Jenis-jenis ekzema
Acute eczema
- 'Erythoma', kulit bergejolak, gatal dan keradangan.
- 'Papules' pembentukan tompok-tompok merah
Eczema kronik
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Apakah penyebab ekzema?
- Keturunan - ahli keluarga lain mempunyai eczema, asthma dan alergi rhinitis.
- Perubahan emosi - tekanan dan stress terlampau
- Faktor pemakanan - makanan laut, telur, pengawet dan pewarna makanan, alkohol
- Bahan iritasi - asap rokok, bahan kimia, cuaca terlampau panas dan sejuk
- Alahan - alahan kepada sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, bahan kimia (contoh nikel dalam barang kemas), kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama,habuk rumah (house dust mites)
Apakah rawatan untuk ekzema?
- Penggunaan losyen dan emolien untuk melembapkan kulit mengikut tahap ekzema (kebanyakannnya mempunyai kandungan steroid yang boleh menipiskan kulit)
- Penggunaan bahan cuci khas
Bagaimana mengawal ekzema?
- Pakaian - longgar, diperbuat dari kapas, elakkan dari fabrik sintetik
- Pemakanan - pastikan diet seimbang untuk sistem pertahanan badan yang kuat, elakkan makanan yang menyebabkan alergi
- Persekitaran - pastikan persekitaran bersih dan pengudaraan baik, elakkan persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering
- Kebersihan - pastikan cadar sentiasa bersih dan tukar dengan kerap dan basuh dengan suhu tinggi, elakkan permaidani atau permainan berbulu
- Penjagaan diri - kuku sentiasa pendek dan bersih untuk elakkan iritasi semasa menggaru, mandi dengan air suam, elakkan merendam dengan air panas terlalu lama atau air yang mengandungi banyak klorin dan patuhi arahan doktor.
- Aktiviti luar - elakkan terdedah pada cahaya matahari dan penghawa dingin dengan kerap.
Bagi yang masih tercari-cari produk untuk merawat ekzema, jomlah kita berikhtiar dengan set rawatan ekzema Shaklee yang terdiri dari mandian BASIC-H , krim HERBAL BLEND dan minuman MEALSHAKE..Inshaallah saya akan kongsikan kebaikan menggunakan gabungan 3 produk ini dalam post yang akan datang..:)
Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703
No comments:
Post a Comment