Friday, 18 July 2014

Mashaallah..hebatnya madu!

Madu, ubat yang turun bersama wahyu.


Hujah mengenai madu sebagai ubat.

Madu dikenali sejak dahulu lagi sebagai ubat dan ia adalah ubat yang diturunkan bersama wahyu.

Firman Allah swt :


Maksudnya :

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok layu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya padamu" (Dengan itu) akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlaian warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit). Sesungguhnya pda yang demikian itu, ada tanda(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. 
                                                                     (Surah An-Nahl 16 :68-69)



Al-Qurtubi menjelaskan bahawa para tabib menyediakan ramuan ubat dengan menggunakan madu kerana madu memberi kesan yang baik utnuk menyembuhkan penyakit.

Berkaitan dengan madu sebagai ubat ada dijelaskan dalam hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan Al-Quran"                                                                    (Riwayat Ibnu Majah no. 3452)


Madu adalah ubat segala penyakit

1) Madu mudah dicerna 

Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu, ia mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipon, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi.

Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupoun memberi tenaga yang besar tetapi madu tidak menambahkan berat badna.

Jikan dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa 7 minit sahaja. Molekul gula bebasnya membutakan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

2) Madu membantu pembentukan darah

Madu menyediakan banyak kuasa yang diperlukan tubuh untuk pembekuan darah. Jelasnya madu membantu pembersihan darah. Madu berpengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapilari dan arteriosklerosis.

3) Madu membunuh bakteria

Sifat madu yang membunuh bakteria disebut reciprocal inhibition atau kesan inhibisi. Penelitian tentang madu menunjukkan bahawa sifat ini meningkat dua kali ganda apabila dilarutkan di dalam air.

4) Royal jelly

Royal jelly adalah zat yang dihasilakan oleh lebah pekerja di dalam sarang. Zat bergizi tinggi ini mengandungi gula, protein, lemak dan pelbagai vitamin. Royal jelly digunakan untuk mengatasi maslah yang disebabkan oleh kelemahan tubuh.


Pelbagai kajian madu dalam perubatan

1) Ubat sakit jantung


Ibnu Sina, bapa perubatan Islam meyakini bahawa madu lebah boleh mencegah serangan jantung malahan madu juga boleh merawat penyakit jantung. Maka dari itu, beliau menasihatkan orang ramai membiasakan minum madu.

Mutakhir ini seorang pakar dari Perancis dalam makalahnya yang bertajuk berubat dengan  madu (Al-Istisyfa' bi al-'Asal) yang disiarkan dalam majalah Mawash as-Sa'daliyah tahun 1959, mengakui bahawa, "Madu sangat berkesan merawat penyakit jantung"

Pada tahun 1950 seorang pakar membuat kajian menyimpulkan bahawa pengembangan pembuluh jantung berlaku setelah madu disuntik dan kesannya lebih lama pada waktu kecut dan alirannya lebih baik ketika kembang.

Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti sewaktu sarapan setiap hari. Madu dan kayu manis mengurangkan kolesterol dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Orang yang sudah terkena serangan jantung apabila mengamalkan madu dan kayu manis setiap hari akan terhindar dari serangan jantung pada kali kedua.

Pengambilan madu dan kayu manis secara teratur dapat melancarkan pernafasan dan memperkuat degupan jantung.

Selain madu, anda juga boleh berikhtiar dengan CoQ health plus yang sangat baik untuk memelihara jantung yang sihat!

2) Ubat penyakit paru-paru 

Ibnu Sina menasihatkan merka yang terkena penyakit paru-paru hendaklah minum madu dicampur air dan daun bunga mawar.

Daripada hasil kajian didapati seorang pakar perubatan menulis artikel bertajuk "Kemujaraban Madu Mengubati Paru-paru dan Asthma di Kalangan Kanak-kanak" yang dimuatkan dalam majalah Shihah Rusia al-baida.

3) Selsema


Selsema ringan dan berat dapat disembuhkan dengan satu sudu makan madu suam-suam kuku dan setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis selama 3 hari berturut-turut. 

Ramuan ini dapat meneymbuhkan semua jenis batuk dan selsema kronik serta membersihkan sinus.

Ramai pakar perubatan menasihatkan agar madu dicampurkan dengan susu untuk mengubati selsema dan khasiat yang cepat pula apabila madu dicampurkan dengan limau nipis.

4) Bisul jerawat dan infeksi kulit

Abdullah bin Umar berkata bahawa apabila disengat binatang atau penyakit bisul sapukanya dengan madu. Pelbagai jenis kajian mendapati madu dapat menyelesaikan perlabagi jenis penyakit kulit antaranya kurap yang berpanjangan.

Seorang wanita mengakui mengalami penyakit kurap yang berpanjangan dan amat susah diubati, namun kurapnya baik apabila dia menyapunya dengan madu berterusan (Medicine digest)

Daripada hasil kajian Muhammad Nizar ad-Daqil, beliay menyimpulkan madu juga boleh mengubati bisul-bisul pada kulit.

Dr.John M Beazki, seorang pakar pembedahan mengakui bahawa madu sangat efektif mengubati bengkakyang terdapat di dalam rahim yang sebenarnya amat sukar sembuh kerana terdapat lemak yang menutupinya.

Jika mendapat infeksi kulit, ambil satu bahagian madu dan say=tu bahagian kulit kayu manis dan sapukan pada kulit yang sakit.

Merawat jerawat dengan madu dan kulit kayu manis :
  • Sapukan satu sudu makan madu dan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis pada wajah sebelum tidur.
  • Keesokannya basuh muka dengan air suam

5) Madu, ubat luka peperangan

Diakui bahawa madu adalah ubat yang paling ampuh untuk mengubati luka-luka. Dr.Tamnov mengakui pengalaman beliau merawat para perajurit yang terluka akibat korban perang dengan pelbagai ubat yang telah pun disiapkan, namun tidak meberi kesan positif.

Akhirnya ubat dibantu dengan membalut luka denagn madu dan hasilnya cukup mengagumkan kerana dalam beberapa hari luka telah sembuh dan nanah tidak lagi keluar.


6) Gangren

Dr.Jamal Burhan, pakar bedah dari Iskandaria University mengakui telah melakukan pembedahan pelbagai penyakit dan mengubati luka kencing manis sembuh dengan madu.

Malah beliau mengakui pernah merawat seorang pesakit yang diserang gangren yang telah disahkan oleh pakar bedah bahawa kaki pesakit mesti dipotong dari atas peha.

Kemudian Dr.Jamal membantu merawatnya dengan madu dan hasilnya sungguh menakjubkan apabila kakinya telah sembuh dan tidak jadi dipotong.

7) Ubat sakit mata

Al-Maqrizi dalam kitab Nahl'Abr an-Nahl, "Seorang sahabat Nabi yang selalu ikut berperang bersama Nabi menggunakan madu sebagai celak kerana meyakini firman Allah bahawa madu ubat segala penyakit"

Dr.Muhammad al-Haluji menyatakan madu sebagai ubat mata ini berdasarkan pengakuan seorang pakar pada 1840 yang mengakui madu sangat efektif mengubati bengkak pada mata. 

8) Sakit gigi, Seriawan dan Penyakit Mulut


Dr.Zafir Ahmad al-Attar menyimpulkan bahawa madu boleh mengubati seriawan dan bengkak sekitar mulut. Untuk sakit gigi amalkan kaedah ini - campurkan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis dan lima sudu teh madu.


Merawat penyakit dengan madu

1) Keguguran rambut

Orang yang mengalami keguguran rambut atau kebotakan boleh menggunakan campuran ini.

Minyak zaitun panas + 1 sudu makan madu + 1 sudu teh kulit kayu manis

Ramaskan campuran ini pada kepala dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Setelah itu barulah dicuci.

2) Infeksi pundi kencing

2 sudu makan serbuk kulit kayu manis + 1 sudu teh madu + segelas air suam

Minum ramuan ini untuk membunuh kuman-kuman dalam pundi kencing.

3) Kolesterol 

Kadar kolesterol dalam darah dapat diturunkan dengan :

2 sudu makan madu + 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis + 16auns air teh

Ramuan ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah sehinggan 10% dalam masa 2 jam. Madu asli yang diminum setiap hari akan mengatasi masalah kolesterol.

4) Mandul


Pengubatan Yunani dan Ayurveda menggunakan madu selama bertahun-tahun untuk meperkuatkan sperma lelaki.

2 sudu makan madu yang diminum secara teratur sebelum tidur akan memberi kesan kepada kesuburan.

Wanita Jepun, Cina dan Asia yang sukar hamil dan ingi menguatkan rahim lazimnya menggunakan serbuk kulit kayu manis sejak berabad-abad yang lalu.  
Wanita yang sukar hamil hendaklah menyapukan madu dan sesudu serbuk kulit kayu manis pada gusinya. Kayu manis akan bercampur dengan air liur dan masuk ke dalam tubuh.

Ada pasangan suami isteri dari Maryland yang tidak memiliki anak selama 14 tahun dan nyaris-nyaris berputus asa. Ketika mengetahui khasiat madu dan kulit kayu manis mereka menggunakan ramuan tersebut. Akhirnya si isteri mula mengandung dan melahirkan anak kembar.

4) Keletihan 


Kajian menunjukkan kandungan gula dalam madu lebih banyak kebaikan dari merugikan tubuh. Warga emas yang menggunakan madu dan serbuk kulit kayu manis dengan kadar yang sama terbukti lebih segar dan sihat.

Cara meningkatkan vitaliti tubuh dalam seminggu sahaja dari Dr.Milton :

1/2 sudu makan madu + 1 gelas air + taburan serbuk kulit kayu manis

Untuk keberkesanan, ramuan tersebut metilah diminum setiap hari setelah menggosok gigi dan pada jam 3 petang apabila vitaliti tubuh menurun.

5) Sakit perut

Madu yang dicampurkan kulit kayu manis dapat mengubati sakit perut. Malahan ia dapat membersihkan perut dan menyembuhkan bisul sehingga ke akarnya.

6) Kanser

Penelitian para pengkaji di Jepun dan Australia mendapati bahwa kanser perut dan masalah tulang belakang dapat disembuhkan dengan madu dan kulit kayu manis.

1 sudu makan madu + 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Minum ramuan ini selama sebulan, sebanyak 3 kali sehari.

7) Kembung

Penelitian yang dilakukan di India dan Jepun menyatakn madu yang diminum dengan kulit kayu manis dapat mengurangkan gas di dalam perut.


8) Nafas berbau


Campuran 1 susu teh madu dan serbuk kulit kayu manis ke dalam air panas dapat membuat nafas segar sepanjang hari. Orang Amerika selatan biasa minumramuan tersebut pada waktu pagi.

9) Sakit kepala sinus

Minum campuran madu dengan air limau nipis dapat menyembuhkan sakit kepala akibat sinus.

10) Berat badan berlebihan.


Minum segelas air yang direbus bersama madu dan serbuk kulit kayu manis setiap pagi setengah jam sebelum sarapan atau semasa perut kosong. Apabila dilakukan secara teratur dapat mengurangkan berat badan.

Malahan bagi orang yang terlalu gemuk, minum ramuan ini secara teratur akan mencegah lemak berkumpul di dalam tubuh walaupun sering makan makanan berkalori tinggi.

9) Influenza

Ilmuwan Sepanyol telah membuktikan bahawa madu mengandungi kandungan alam yang membunuh kuman influenza dan menyembuhkan penyakit flu. Oleh itu, ketika dijangkiti flu amalan meminum madu harus menjadi keutamaan.

10) Arthritis ( radang sendi)


  • 1 bahagian madu + 2 bahagian air suam + 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Urutkan ke bahagian sakit secara perlahan-lahan. Rasa sakit akan berkurang dalam 1-2 minit.

  • 1 cawan air panas + 2 sudu madu + 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Minum setiap hari pada setiap pagi dan malam. Apabila diminum secara teratur dapat mengurangkan penyakit arthritis yang kronik.

  • 1 sudu makan madu + 1 susu teh serbuk kulit kayu manis
Minum sebelum sarapan setiap hari (University Copenhagen). Hasilnya da;am seminggu 73 dari 200 pesakit sembuh secara total. Kebanyakan yang tidak dapat berjalan atau bergerak akibat arthritis dapat kembali berjalan.

11) Mencegah penuaan


4 sudu madu + 1 sudu serbuk kulit kayu manis + 3 cawan air

Rebus campuran ini. Minumlah sebanyak empat kali sehari. Ramuan ini akan membuatkan kulit segar dan halus serta mencegah penuaan.


Mashaallah..hebat sungguh kan?

Jadi, biasakan madu dalam kehidupan seharian kita semua. Saya dan suami sudah mulakan bertahun-tahun lepas amalan setiap pagi minum teh panas yang dicampurkan dengan madu, kulit kayu manis, mahokota dewa kering, dan habbatus sauda.

Semoga kita beroleh kesihatan yang baik dengan berkat kelebihan yang Allah berikan pada madu ini.


Petikan dari buku Allah Doktorku oleh Muhklas Asy-Syarkani Al-Falahi.




FB fanpage : Mummy Zihan
Email : nurazihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703


1 comment: