Saturday, 12 July 2014

Performance drink bukan sekadar air biasa!

Alhamdulillah kita sudah berada pada hari ke 14 berpuasa hari ini. Bagaimana puasa korang setakat ini? Seronok berpuasa atau selalu rasa tak sabar nak berbuka? ;p



Cuaca panas sangat sekarang ni kan? Walaupun begitu, saya masih lagi berpuasa dengan happy sebab saya kurang sangat rasa dahaga pada siang hari walaupun cuaca panas terik. Kadang-kadang buat kerja rumah tak berhenti pon takde hal sampai lupa diri ini sedang berpuasa..hehe

Ini satu kelebihan buat saya dan my little Arissa kerana kalau saya mengalami tanda-tanda dehidrasi, itu akan menjadi masalah kepada bayi yang saya susukan ini.  

Maklumlah ibu-ibu yang hamil atau breastfeeding ni makan dan minum untuk 2 orang yer. Kalau saya kurang air, anak saya akan rasa lebih dahaga dan menyusu dengan lebih kerap dan itu akan membuatkan badan saya lebih dehidrasi.


Nak tahu apa yang telah membantu saya?



Of course minuman isotonik Performance Drink ini!


kurangkan rasa letih berpuasa dengan minuman isotonik Performance Drink yang bukan sahaja dapat elakkan tanda-tanda dehidrasi tetapi juga memberi tenaga.
Performance® – Natural Orange (539 gram) RM82.50.

Perbandingan minum Performance drink dan air kosong biasa.

Saya dah cuba bandingkan hari yang saya minum air kosong biasa dengan air Performance Drink ni. Memang berbeza! Beza macam mana tu?

Bezanya pada hari yang saya minum air kosong sahaja, saya akan cepat rasa letih, tekak akan rasa haus, cepat mengantuk dan badan akan mula rasa tanda-tanda dehidrasi sebelum jam 12 tengahari lagi. 

Apakah tanda-tanda dehidrasi?

Tanda -tanda dehidrasi ini adalah seperti rasa letih, rasa haus terlampau, rasa mengantuk, kulit kering dan pening-pening.

Tapi perbezaan yang sangat ketara apabila saya bersahur dengan Performance Drink, saya lupa saya sedang berpuasa!

Kenapa?

Sebabnya saya sudah tiada mengalami tanda-tanda dehidrasi seperti di atas ini. Alhamdulillah!

Lagi satu, kalau tahun-tahun lepas saya akan alami tanda dehidrasi yang lebih teruk. Contohnya kulit saya akan menjadi sangat kering sehingga menggelupas terutamanya pada bahagian muka, bibir akan merekah, ulser akan mula meletup-letup dalam mulut dan sembelit..ouch!

Tapi Alhamdulillah..sudah hampir setengah bulan kita berpuasa tetapi tiada satu pon tanda-tanda dehidrasi tersebut yang saya alami sekarang..syukur!Sebab itulah saya happy happy happy! :)

Korang nak cergas dan berpuasa dengan happy dan ceria seperti saya??

Inilah masa yang sesuai untuk anda dapatkan sebotol Performance Drink ini. Jangan tak tahu Performance Drink ini adalah minuman wajib atlet-atlet sukan untuk mengelakkan mereka dehidrasi dan meningkatkan kecerdasan semasa latihan atau semasa pertandingan.


Apakah kelebihan Performance Drink?

kurangkan rasa letih berpuasa dengan minuman isotonik Performance Drink yang bukan sahaja dapat elakkan tanda-tanda dehidrasi tetapi juga memberi tenaga.

- Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. - KURANG HAUS!

- Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain - BADAN BERTENAGA WALAUPUN PUASA

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum - BADAN TAKKAN DEHIDRASI DAN LETIH LESU!

- Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina - STAMINA MAINTAIN!

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan - MINUMAN YANG SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN!


Saya suka campurkan Performance Drink saya dengan sedikit sunquick oren atau mangga, ribena, Cinch tea atau Vivix. Ianya tidak semestinya dibancuh dengan air sejuk sahaja. Terpulang pada kreativiti masing-masing.

Pada yang dah mula shopping raya tu, sahur siap-siap dengan Performance Drink yer. Saya jamin anda tidak akan rasa keletihan dan haus terlampau semasa bershopping walaupun cuaca panas terik.



Ingin menjana pendapatan sampingan?
Inginkan maklumat lanjut mengenai produk?
Sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment