Tuesday, 10 September 2013

Vitalea multivitamin terbaik di dunia!

Assalamualaikum

Saya percaya di zaman moden ni semua dah celik supplement dan sekurang-kurangnya mengambil MULTIVITAMIN sebagai nutrisi tambahan seharian yang boleh menggalakkan sistem imun dan memberikan kesihatan berpanjangan. So what's your brand?

Kalau saya semestinya VITALEA SHAKLEE!



Vitalea ialah tablet multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, hanya diekstrak dari SAYUR dan BUAH dan disalut dengan serbuk nutrisi SPIRULINA. Ia juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi yang kompleks disebut "Explo-tabs". Ia adalah multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil. 

Bagaimana teknologi "explo-tab" berfungsi?

Teknologi "explo-tab" ini membenarkan tablet ini kekal di dalam sistem pencernaan buat sementara dan dilepaskan dengan cepat untuk melepaskan nutrisi. Jikalau anda memotong Vitalea kepada 2 bahagian dan perhatikan di bawah mikroskop anda akan dapat melihat bebola kecil berwarna putih iaitu butiran kanji. Apabila butiran kanji ini basah, ia akan mengembang dan selepas jangka waktu tertentu nutrisi di dalam tablet akan segera dilepaskan.

Apa perbezaan Vitalea dan multivitamin lain?

Dalam pemprosesan multivitamin lain, beberapa nutrisi akan digabungkan bersama sehingga ia membentuk paste atau campuran. Dengan itu cecair mesti disingkirkan untuk membentuk kepingan (flakes). Untuk tujuan ini, kebanyakan pengeluar menggunakan petroleum. Selepas itu, alkohol pula digunakan untuk mnyingkirkan lebihan cecair di dalam pulpa untuk membentuk tablet. Jadi kebiasannya jika anda membuka botol multivitamin yang diproses menggunakan alkohol dan petroleum , anda akan terhidu bau minyak.

Akan tetapi Vitalea Shaklee hanya diproses menggunakan AIR yang mana hanya air yang akan tersejat semasa proses pengeringan untuk membentuk tablet dan tiada minyak atau bahan kimia ditinggalkan. 

JOM BUKTIKAN!



Anda hanya perlu panaskan tablet multivitamin anda untuk mengetahui samada pengeluar menggunakan petroluem semasa proses pengeluaran. Adalah dinasihatkan supaya melakukan eksperimen ini di luar rumah kerana jika produk tersebut diproses dengan petroleum ia akan mengeluarkan asap hitam dan bau yang tengik.

Eksperimen yang sama dilakukan dengan Vitalea dan ia hanya mengeluarkan bau seakan sayuran yang hangus terbakar dan hanya meninggalkan sisa seperti abu. 

Siapa Memerlukan Multivitamin?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Boleh dikatakan semua orang memerlukan sekurang-kurangnya multivitamin untuk memelihara kesihatan yang baik. Tak kiralah anda sihat atau sakit. Kita tak nak cepat jatuh sakit kan? Jadi amat penting pelihara kesihatan dan ambil supplement tambahan dari awal lagi. Jikalau umur dah nak masuk 30-an masih tak ambil supplement, anda perlu segera mencari. Kesihatan adalah anugerah.

Jadi pilihan di tangan anda..saya semestinya memilih yang SELAMAT dan SEMULAJADI. So let me ask you again, WHAT'S YOUR BRAND?

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment