Monday, 2 September 2013

11 tips cepat hamil

Assalamualaikum


Lazimnya, kebanyakan pasangan yang berkahwin ingin segera menimang cahaya mata. Ada yang baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mendapat khabar gembira disahkan mengandung. Namun ada yang diuji oleh Allah selama bertahun-tahun. Jangan gusar..sentiasa berdoa kepada Allah dan apa kata anda cuba tips ini..semoga membantu bakal-bakal ibu sekalian Inshallah..;)

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopia).  Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.  Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor - faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.  Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.  Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.  Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.  Kawal berat badan dan cuba kira BMI ( Body Mass Index) anda. Jika BMI anda 20-24 , maka ia menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.  Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid teratur.  Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.  Seks 3-4 kali seminggu disarankan dan pada hari-hari subur , berhubunganlah setiap hari.  Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas ( missionary position ).  Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.  Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor.  Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil MULTIVITAMIN

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.  Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8.Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.  PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.  Berita baiknya dengan mengawal hanya diet, kebanyakan wanita PCOS dapat men teratur haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat ( yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tidak logik jika tiada tekanan dalam hidup ini.  Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan .

cuba lakukan aktiviti - aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :-

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
11. Jauhi dadah , merokok dan minuman keras

Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan  risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.  Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.


Selamat mencuba!

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment