Thursday 5 September 2013

Doa untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum

Saya pernah menonton satu rancangan bicara Dr. Fatma tidak lama dulu mengenai tips bagaimana hendak mendapatkan zuriat. Masyallah satu perkongsian yang sangat bermanfaat.

Dalam rancangan tersebut beliau telah menjemput sepasang suami isteri yang belum dikurniakan anak. Dan soalan pertama yang beliau tanyakan kepada pasangan tersebut adalah kenapa mereka mahukan zuriat?Pasangan itu menjawab kerana nakkan kebahagiaan.

Beliau tersenyum dan  berkata inilah kesilapan paling besar kebanyakkan pasangan yang berkahwin. Niat adalah yang yang paling utama, kalau niat pon dah salah bagaimana Allah nak makbulkan. Jadi beliau menasihati pasangan supaya betulkan niat terlebih dahulu.

TIPS 1 : PERBETULKAN NIAT

Niat utama kita nakkan zuriat ni bukannya untuk kebahagiaan, bukan untuk menunjuk2 aku ada anak, bukannya untuk menjamin kita di masa tua..NO!sebabnya manalah kita tahu anak itu boleh membahagiakan kita atau tidak..ada juga anak yang hanya memeningkan kepala ibu bapa bukan..nauzubillah..

Jadi niat sebenar-benarnya kenapa kita nakkan zuriat ialah kerana kita nak meramaikan umat, nak panjangkan ibadah kita dan menyebarkan agama Allah. 

Jadi yang sedang berikhtiar jom kita sama-sama betulkan dahulu niat kita ini.

TIPS 2 : ISTIGHFAR



Beliau juga menekankan untuk pasangan-pasangan yang sedang diuji ini supaya perbanyakkan istighfar! Ramai yang tidak tahu kuasa istighfar padahal dengan istighfar lah hati menjadi tenang. Bagaimana Allah nak makbulkan doa kita sekiranya kita banyak berdosa padaNya. Jadi beliau nasihatkan supaya kita ini minta ampun dahulu dengan Allah sebelum meminta hajat. Beristighfarlah paling kurang 100 kali setiap kali selepas solat dan sentiasa baca dan hafal penghulu istighfar.

TIPS 3 : DOA



Beliau ada kongsikan 2 doa untuk mendapat zuriat dan beliau meminta pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak ini supaya membaca dan menghafal doa pendek ini dan baca setiap kali lepas solat. Banyakkan juga solat taubat dan solat hajat. 


Semoga kita boleh amalkan tips yang dikongsi oleh Dr.Fatma ini. Selain itu, banyakkan juga bersedekah. Tidak kiralah pada anak yatim mahupun orang-orang miskin kerana Allah suka orang yang bersedekah dan dengan bersedekah itu Allah akan menambah rezeki kita InshaAllah..

No comments:

Post a Comment