Showing posts with label Set kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Set kecantikan. Show all posts

Friday, 18 July 2014

Cantik persis Ayu Raudhah dan Rita Rudaini!

Saya ada kongsikan sebelum ini antara petua dan rahsia kecantikan si cantik manis Ayu Raudah.

Tapi jangan tak tahu rupanya Ayu Rudhah berkongsi petua kecantikan yang sama dengan Rita Rudaini. Patutlah kedua-kedua mereka ini cantik dan tak makan dek usia walaupun dah beranak pinak.

Saya pernah berjumpa dengan Rita Rudaini yang glemer dengan cerita Azam Ramadhan Su ni face to face. Memang cantik orangnya especially skin tone dan muka dia glowing sangat! Seperti mana yang korang lihat dalam tv tu macam tu lah rupa dia kat luar..sangat natural beauty!

Tak sabar-sabar nak tahu rahsia kecantikan mereka?

Jeng jeng jeng!!


*

*
*
*

Wednesday, 9 July 2014

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat

Assalamualaikum..


cara mudah hilangkan jerawat dan parut jerawat dengan cepat dan berkesan

Oh jerawat!!!seramm mak nok..hehe

Siapa yang suka jerawat?takde orang yang suka kan?bayangkanla esok korang ada acara penting macam kenduri kahwin ke, nak tunang ke, nak dating ngan boypreng ke tetiba seketul jerawat keluar kat dahi, hidung, dagu, pipi korang..oh tidakk!!


So meh sini saya nak kongsikan cara menghilangkan jerawat dengan cepat dan mudah. Cara ini memang telah terbukti berkesan pada saya sendiri. Jangan tak tahu walaupun dah beranak pinak dan hormon dah kacau bilau, oleh kerana saya ikut tips ni, semua jerawat saya segan nak tumbuh..hehe

Thursday, 20 June 2013

Testimoni set kecantikan shaklee

Asssalamualaikum

Ini senarai  testimoni customer yang telah mencuba Set kecantikan Shaklee (SET D) dan amat berpuas hati dengan kesannya..banyak lagi tau..ini sebahagiannya saje..jom baca sampai muntah!haha


 












 Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Rahsia kecantikan Ayu Raudhah

Assalamualaikum



Jeng jeng jeng...!

Mesti ramai nak tahu kan?


Saya sendiri pon teruja..sebab kita semua tahu Ayu Raudhah ni antara selebriti paling cantik kat Malaysia ni..tak makeup pon mmg Ayu Raudhah ni natural beauty..Subhanallah segala puji bagi Allah..:)


Harian metrro online telah mengorek rahsia beliau..kata selebriti ini apabila keluar tanpa urusan rasmi beliau tidak menggunakan make up yang tebal..selain mengamalkan rejim penjagaan kulit yang betul, seperti kerap mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap Ayu juga mengamalkan petua tradisional dengan menyapu ais pada wajah sebelum tidur.


Selain itu yang menjadi rahsia Ayu selama ini ialah Ayu mengamalkan minuman sirap Shaklee iaitu VIVIX sesudu setiap pagi..ia dipanggil sirap Shaklee kerana ia adalah cecair bewarna merah seperti sirap..haa patotla berseri-seri jer wajah si Ayu Raudhah ni..sebabnya Vivix ni jugak dikenali sebagai jus anti penuaan..sebenarnya banyak lagi kebaikan Vivix ni tapi kita lihat dulu apa kebaikannya untuk kulit kita




Vivix adalah campuran bahan semulajadi anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum yang KAYA RESVERATROL membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan dan terkenal sebagai supplement anti penuaan terbaik di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.


Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.



MANFAAT VIVIX :

  •  Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  • Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  • Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  • Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

VIVIX juga dikenali sebagai TONIK ajaib yang mempu mengatasi dan mengawal :
  • Penyakit Diabetis
  • Sebagai Anti Penuaan
  • Penyakit Asthma
  • Kesihatan badan secara menyeluruh


Jadi jom dapatkan sebotol Vivix sekarang..para suami yang masih tercari-cari hadiah untuk isteri tersayang pon boleh jadikan Vivix sebagai hadiah..mesti si isteri senyum sampai ke telinga..nak isteri cantik kan? hehe..


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : nurazihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877

Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Wednesday, 19 June 2013

Set kecantikan Shaklee

Assalamualaikum

Kulit cantik memang impian setiap wanita..tambahan pulak beberapa bulan lagi nak sambut Syawal..mestilah nak melaram di hari raya kan..malulah nak pergi beraya dan berjumpa sedara-mara bila kulit wajah kusam jer..

Seperti yang saya katakan sebelum ini, rutin penjagaan kulit secara sihat amat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Namun seperti juga anggota badan lain dalam badan kita, kulit juga perlukan supplement khusus untuk memastikan kadar kelembapan sentiasa terpelihara.

Bagi mendapatkan kulit yang cantik gebu berseri bak bidadari dengan rawatan dari dalam yang pasti tidak memudaratkan, apa kata anda mencuba rangkaian set kecantikan kulit dari Shaklee. Satu botol boleh tahan beberapa bulan..berbaloi-baloi!

SET D @ SET KECANTIKAN KULIT ASAS

Set D - set kecantikan kulit

Apa yang ada dalam SET D?

  • Vitamin E - menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, menjaga kelembapan kulit, melindungi dari sinuar uv, menghapuskan radikal bebadas yang merosakkan kulit
  • Vitamin C - sebagai antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran udara, membuang toksin dalam badan, merangsang pembetukan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang memelihara kekenyalan, kelenturan dan kehalusan kulit, mencerahkan kulit
  • Vitamin B complex - sebagai pelembap dan mencegah kulit kekeringan jadi dapat mengurangkan garis halus pada wajah, mencegah pigmentasi, melambatkan penuaan, mengurangkan stress, menegangkan kulit dan mengubati jerawat.

Kesan dari kombinasi dari pengambilan SET D antaranya ialah :
  • mengurangkan kedutan dan pembentukan garis halus
  • Mencegah penuaan 
  • Menjadikan kulit lebih anjal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan-merahan


SET UNTUK KULIT BERJERAWAT

Set kulit berjerawat
Bagi anda yang mempunyai kulit berjerawat kami ada vitamin khas untuk anda iaitu Carotomax untuk menggantikan B complex.

Carotomax adalah Vitamin A yang mana kekurangannya boleh menyebabkan kulit cepat mengecut dan kering. Selain itu, ia memudahkan kulit muka ditumbuhi jerawat dan terjadilah "whiteheads" dan "blackheads" jika liang roma tersumbat. Selain itu, kulit dibahagian siku, lutut dan punggung akan menjadi kasar, kering dan berwarna lebih kehitaman.

Jadi Vitamin A membantu kulit wajah menjadi lebih anjal. Vitamin A juga menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Selain itu, ia membantu memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit. Vitamin A juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.Kesan pengambilan zCarotomax menjadikan kulirt muka kemerah-merahan secara semulajadi..tak payah pakai blusher..:)


SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK KULIT CANTIK



  • Zinc Complex - sangat popular di kalangan ibu berpantang atau mereka yang baru lepas menjalani pembedahan tapi tahukah anda pengambilan zink boleh memulihkan jerawat yang berair dan bernanah?Ianya sangat baik untuk mengecutkan jerawat dan mengelakkan luka dan nanah menjadi semakin teruk.
  • GLA complex -  menguatkan kuku dan rambut, menjadikan kulit lebih sihat dan menlambatkan penuaan
  • Omega guard - melicinkan kulit dan sangat penting dalam rawatan pesakit ekzema.



Collagen Powder 

  • Seperti produk kolagen lain yang ada di pasaran, Collagen powder bertindak untuk menjadikan kulit lebih muda, anjal dan berseri. Dengan pengambilan selama 8 minggu anda akan dapat lihat perubahannya.
  • Ianya kolagen yang berkualiti tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah yang molekulnya sangat ringan dan mudah diserap oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Jadi sudahkan anda membuat pilihan vitamin untuk kesihatan kulit anda?kalau anda masih keliru produk mana yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit anda jangan segan-segan..boleh hubungi saya terus ya..jom bermula dari sekarang untuk kulit cantik di hari lebaran..:)

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Tuesday, 18 June 2013

Tips kulit sihat dan cantik

Assalamualaikum



Siapa nak cantik angkat tangan!hehe 

Sememangnya lumrah bagi kita wanita nak selalu kelihatan cantik kan?tak hairanlah kalau setiap kali produk baru keluar untuk cerahkan kulit ke, untuk hilangkan jerawat ke, untuk pudarkan parut ke mesti laris habis kan..tapi bagi saya sendiri di samping nak cantikkan luaran, dalaman pon kene cantik yer..bila dalaman cantik, akhlak cantik, peribadi cantik InshaAllah semua pon jadi cantik..:)

Berhati-hati ketika memilih produk kecantikan kerana kebanyakannya mungkin hanya bertahan dan memberi kesan positif selama mana anda memakai produk tersebut, bila stop pakai jerawat mungkin tumbuh balik, kulit jadi kusam semula dan yang paling teruk sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin ada kesan sampingan yang tertentu timbul seperti jerawat makin banyak, kulit menggelupas dan sebagainya.

Selain dari penjagaan pemakanan yang seimbang, air jugak mesti diambil dengan kadar mencukupi barulah kulit jadi cantik dan segar sentiasa..bila dah kulit sihat semulajadi, tak payah nak tempek macam2 kat muka..bila wajah dah makeup-free, ianya bebas dari bahan kimia dan menjadikan kulit lebih sihat. Nak keluar pon senang, secalit bedak dan lipstik terus boleh keluar, si dia pon tak merungut lama menunggu..hehe

Di sini terdapat beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang sihat.


1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.


Selain itu, anda juga digalakkan mengambil supplement atau vitamin tambahan untuk kulit anda..vitamin shaklee adalah vitamin semulajadi yang merawat masalah dari dalam dan anda tak perlu bergantung pada produk kecantikan yang lain.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703