Showing posts with label Set kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set kesuburan. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Endometriosis punca tidak subur?

Assalamualaikum



Adakah anda sering sakit perut, pinggul, kitaran haid tidak teratur dan sakit sewaktu melakukan hubungan seksual? Jika jawapannya YA anda mungkin menghidap endometriosis.


Apa itu Endometriosis?



Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Punca sebenar belum jelas diketahui akan tetapi  antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.

Endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing. 


Penyakit endometriosis merosakkan organ-organ peranakan. Ovari boleh rosak akibat dari reaksi radangan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini menyukarkan proses percantuman benih lelaki dan telur perempuan.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. 

Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku. 


Penyakit endometriosis semakin meningkat dan teruk merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran berulang kali  dan akhirnya terpaksa dibedah dan dibuang rahim. 



Awas jika ada tanda2 berikut!

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur. 


Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala tersebut?

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovary dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kuih2, ice krim , chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU.
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang saya dapat dari blog pakar sakit puan, Dr.Hamid Arshat. Jadi jika anda dapati anda mengalami simptom di atas langkah terbaik dalah berjumpa dengan pakar. Selain itu sangatlah disarankan mengambil Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan Vitamin E complex dan GLA complex Shaklee seperti yang disarankan oleh doktor untuk merawat endometriosis dan seterusnya meningkatkan peluang kehamilan. 


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Tuesday, 3 September 2013

Set Kesuburan Lengkap Shaklee

Assalamualaikum

Sebenarnya penting bagi yang sedang merancang untuk hamil mula menjaga pemakanan dan mengambil supplemen tambahan tertentu untuk meningkatkan peluang kehamilan.





Set kesuburan shaklee yang telah banyak membantu para wanita di luar sana untuk hamil Alhamdulillah..saya sendiri pon sedang menunggu feedback dari beberapa customer yang sedang berusaha untuk hamil..Ya Allah permudahkanlah dan kau berikanlah peluang untuk mereka merasa nikmat mempunyai cahaya mata sendiri..amin..






Set Kesuburan Shaklee Lengkap terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin c, Alfalfa, G complex, Vitamin E, Zinc dan ESP.

ISTERI digalakkan mengambil ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Alfalfa dan Gla Complex.

SUAMI digalakkan mengambil  ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.


Banyak??

Oh tidak..kalau anda tahu fungsi setiap vitamin ni semestinya anda faham kenapa vitamin ini digalakkan untuk diambil..setiap vitamin ini mempunyai fungsinya tersendiri dalam meningkatkan kesuburan. Jadi usah berkira untuk mendapatkan yang terbaik :)


1. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  Protein ialah makanan asas kepada sel.  Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.  ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vitalea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.  Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.  Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.  Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma.  Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

4. B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg).  Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan 

5. Vitamin E & Selenium

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA&DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.  Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.  Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.  Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zink

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif  menuju ke ovum.Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA ( Deoxyribose Nucleid Acid).  Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.  Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.  Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

7. Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan , masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid(makan alfalfa bersama kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) . Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa juga membantu dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.  Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai " Mukus Serviks Putih Telur(egg white cervical mucus)".  Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub Fallopio dan ke telur (ovum).  Tambahan , cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi)


Ini adalah cadangan vitamin untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri. 


Jangan sesekali penat untuk berikhtiar sesungguhnya Allah sukakan hambaNya yang sabar dan rajin berusaha..sentiasa beristighfar menharapkan pengampunan Allah dan jangan lupa baca doa Nabi Zakaria setiap kali selepas solat yang akan akan saya kongsi nanti inshaAllah.


Namun, sekiranya anda telah memperuntukkan bajet tertentu untuk vitamin ini, boleh berbincang dengan saya untuk saya cadangkan set bajet untuk suami dan isteri.




Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703