Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Testimoni panas set buasir

Assalamualaikum, 

Testimoni ni memang panas lagi sebab baru ajer dapat dari customer..so memang panas-panas lagi..hehe


Siapa yang sedang menderita buasir? Saya tahu ramai yang ada masalah ni tapi semua sorok-sorok control ayu dan control hensem tak nak bagitau kan kan kan. Kalau anda malu sampai bila-bila pon masalah tak akan selesai. Bila dah teruk sangat jalan terakhir adalah serah diri kat dokter dan operate..oh no!lagi la malu dan memalukan!

Ini customer saya sendiri punya testimoni..

Dia ni memang dah lama mengalami buasir..bertahun-tahun dah dan sudah sampai tahap berdarah setiap kali membuang air besar. Tapi dia takot nak bagitahu dokter pasal masalah dia ni. Namun lama kelamaan dia terpaksa bagitahu juga akibat tidak tahan menanggung derita.

Dokter membekalkan ubat Daphlon, Postan dan ubat sapu yang macam gel tu. Akan tetapi ubat-ubat tersebut memberi kesan sementara sahaja dan bila dah sekali terkena tu pemulihannya agak memakan masa. Azabnya nak bangun duduk dan nak membuang tuhan jerlah yang tau. Lebih-lebih lagi kalau najis keras..aduhai..dah macam orang dalam berpantang tau. Yang paling seksa kalau tempat buasir tu makin membengkak dan berdenyut..i nak cerita pon seriauu..

Tapi segalanya sudah berakhir apabila dia mencuba Set Buasir dari Shaklee. Tiada lagi najis berdarah, bengkak buasir yang berdenyut-denyut dan sembelit sehingga berpeluh-peluh duduk dalam tandas.. Alhamdulillah :)


PUNCA BUASIR

Punca buasir ni termasuklah suka memakan makanan pedas, berdiri atau duduk terlalu lama, kurang pengambilan makanan berserat dan air, batuk yang berterusan, kehamilan dan kelahiran.


CARA RAWAT DAN ATASI BUASIR

Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

1) Anda disaran untuk kerap mengambil MINUMAN bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak SERAT dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

2) Amalan KEBERSIHAN diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

3) Anda boleh merendamkan diri dalam AIR SUAM di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

4) Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, UBAT-UBATAN mungkin dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani PEMBEDAHAN seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.


Namun jangan risau..masih ada lagi sinar harapan untuk anda. Kalau kawan saya tadi dah bebas dari derita buasir ini, anda pon mestilah boleh! :)

Apa yang kawan saya itu amalkan?

OSTEMATRIX 
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD 
Baik untuk sendi dan otot.Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Jom lihat lagi dua testimoni dari customer yang berpuas hati selepas menggunakan Set Buasir Shaklee.




Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0166691877/ 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Tuesday, 28 May 2013

Set berpantang terbaik!

Assalamualaikum..


Apa khabar mommies semua?semoga sihat, ceria, cergas hendaknya..Alhamdulillah harini dah genap 40hari saya berpantang dan bersempena dengan itu saya nak share set berpantang yang saya gunakan untuk berpantang pada kali ini..

Sebelum ni just baca2 testimoni mommies yang dah guna jer..tapi saya tekad nak cuba dulu then baru share dengan semua..yerlah..dengar and baca testimoni orang jer belum tentu dapat meyakinkan kita kan..

Set berpantang asas Shaklee
Sebenarnya memang rugi sangat tak kenal set berpantang Shaklee ni awal-awal..berpantang pada kali ni memang saya rasa sangat bezanya dengan anak pertama and kedua dulu..kalau dulu saya cepat letih, mudah stress sebab luka lambat baik tapi kali ni saya rasa lebih cergas, emosi lebih stabil kalau tak jadi tarzan jer manjang..tehehe dan memang tak rasa macam dalam pantang..adik-beradik and saudara yang datang melawat pon cakap saya tak macam orang berpantang..muke berseri-seri jer, tak pucat and memang rasa sihat sangat..kalau tak ingatkan diri ni tengah berpantang, lepas seminggu tu memang dah boleh sangat nak  buat kerja rumah dan menguruskan anak2 semua..tapi yerlah kata orang tua harus diambil kira jugak..janganla pulak mentang-mentang kita rasa sehat semua benda nak buat nanti memudaratkan diri di masa hadapan pulak kan..jadinya set ni memang sesuai sangatlah untuk yang berpantang sendiri tanpa bantuan mak atau suami..

Uniknya set berpantang ni ia boleh terus diambil selepas bersalin memandangkan ianya hanya dirumus dengan bahan semulajadi dan memang selamat untuk mommies yang menyusu..ianya tidak memudaratkan baby dan selamat diambil walaupun baby ade jaundice..pengalaman saya, anak pertama dan kedua dulu  dua2 disahkan prolonged jaundice so doktor memang haramkan jamu2, herba2 semua..so tersadailah jamu2 tu semua..bila dah lepas pantang busy2, malas dan lupa nak makan akhirnya expired dan jadi makanan tong sampah..alangkah membazirnya..so anak ke 3 ni walaupun ade prolonged jaundice vitamin2 ni semua masih boleh dimakan ..dah nak habis dah pon..:) 

Buat pengetahuan, set berpantang Shaklee yang basic terdiri dari Vitalea (multivitamin), Vitamin B-complex, Vitamin C and Zinc complex..yang menariknya dengan set ni kita tak payah dah nak telan pati ikan haruan yang tak sedap tu..sebabnya salah satu vitamin dalam set ini iaitu Zinc complex bertindak sebagai penggganti ikan haruan yg memang diakui kaya dengan zinc..ianya bertindak memulihkan luka2 dalaman dan luka jahitan dengan lebih cepat..lepas 2 minggu jer uolls dah boleh bergerak selesa.. jangan tak tau zinc ni jugak membantu menguatkan rambut mommies yer..wanita lepas bersalin mmg runsing dengan masalah rambut gugur dengan banyaknya especially lepas anak dah pandai buat 'buih'..haha  ni kepercayaan org2 tua la yer..sebenarnya rambut gugur lepas bersalin ni terjadi sebab pengaruh hormon dalam badan wanita..

Kenapa saya cakap emosi lebih stabil dgn set ini?haa..sebabnya vitamin B complex yang juga dikenali dengan   vitamin anti stress boleh menstabilkan hormon dalam  badan..jadi kita akan jadi lebih tenang, tak mudah marah, tak mudah murung dan boleh atasi masalah meroyan selepas bersalin yang sangat ditakuti oleh para wanita..yerlah dalam pantang ni mommies mudah sangat nak terasa, sensitip kan..dengan sakit luka jahitannya, dengan baby menangisnya, lagi pulak kena bangun berjaga tengah2 malam..tu semua memang boleh mengundang kemurungan...vitamin B complex ini jugak berfungsi menukarkan glukosa  kepada tenaga jadi mommies akan lebih bertenaga dan tak mudah letih..

Vitalea dari Shaklee ni pulak special dan tak sama dengan multivitamin lain yg ada di pasaran sebab ianya dilengkapi dengan iron atau zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses bersalin..pengambilan Vitalea jugak penting sebab semasa pantang banyak makanan yang mommies  tidak boleh makan..jadi untuk menambah tenaga dan menambah khasiat dalam badan Vitalea ni sangat penting..bila vitamin dan mineral  cukup dalam badan barulah mommies semua bertenaga dan wajah pon tak pucat, berseri-seri gitu..yang saya perasan bila ambil Vitalea ni kulit jadi moist jer..mungkin jugak sebab cukup air dalam badan..makan vitamin tanpa pengambilan air yang cukup tak jadik jugak yer mommies..air 2-3liter memang wajib setiap hari..ingat tu.. :)

Sustained released Vitamin C ni pulak berfungsi untuk memperbaiki tisu-tisu dalaman yang rosak semasa proses bersalin..pada yang tak faham apa itu sustained released atau pelepasan masa ni, ianya bermaksud vitamin C ini dicipta dengan teknologi yg canggih dimana ianya akan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan kita mengikut keperluan demi memastikan badan kita cukup vitamin C justeru meningkatkan antibodi secara konsisten..ia jugak membantu dalam pemulihan luka jahitan..sape tak nak luke cepat sembuh kan..

Set yang saya ceritakan di atas ini hanyalah asasnya sahaja..untuk kesan optimum mommies boleh mengambil Ostematrix, Omegaguard dan ESP yang akan saya ceritakan dalam entry akan datang InshaAllah..

Jika mommies berminat untuk mendapatkan set berpantang ini dengan harga menarik atau sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ni bolehlah email kepada saya di mummyzihan@gmail.com atau watsapp 0166691877..tq and have a nice day everyone!:)


Wednesday, 20 March 2013

Promosi Ostematrix Mac2013 : Buy 6 Free 1



Sempena promosi  Ostematrix Shaklee Buy 6 Free 1 bulan ini, marilah kite berkenalan dengan Ostematrix ini..sebenarnya Ostematrix ini ialah pil kalsium..umum mengetahui kalsium mesti berkait rapat dengan tulang dan gigi..betullah tu..tapi apa yang best nya Ostematrix ini, ianya bukan saja menguatkan tulang dan gigi tetapi dapat menghilangkan kebas, sakit otot, dan yang paling terbaik dapat melawaskan pembuangan air besar..:)

Sebelum nak cerita panjang lebar, jom lihat khasiat Ostematrix Shaklee berbanding pil kalsium yang lain..nak makan mesti kena tahu apa keistimewaannya kan?


Ostematrix Shaklee adalah satu formula unik dimana ia bukan saja mengandungi kalsium tetapi digandingkan dengan magnesium, fosforus, mangan, vitamin K,Vitamin D, zinc, kuprum dan boron. Ramai yang tak tahu kalsium tidak dapat diserap dengan baik tanpa kehadiran Vitamin D.



Mari baca penerangan terperinci tentang kandungan Ostematrix ni.

  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang


Semua nutrien di atas sangat perlu di dalam satu tablet bagi memastikan penyerapannya 99 peratus dalam badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral. Perumpamaannya macam kita nak buat rumah lah kan, kalau ada batu-bata saja rumah confirm tak kukuh kan, jadi kita perlukan simen dan mortar sebagai pelengkap untuk mencantumkannya..samalah jugak fungsinya disini..



Selain itu, Ostematrix juga bagus untuk :


1. Menguatkan tulang, kuku, gigi ,dan sistem  saraf - ia boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema. kekejangan dan gusi berdarah.


2. Membantu mengatasi kejang dan kebas-kebas - pengambilan Ostematrix sebelum tidur boleh mengatasi kejang, kebas-kebas, sakit sendi dan juga arthtritis.


3. Membantu menghilangkan stress - membantu mengimbangi tekanan darah,menenangkan saraf, membantu mood swing, sakit kepala dan menggalakkan tidur lena. Sebab itu kita selalu dinasihatkan supaya minum susu sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lena..jadi bagi yang payah minum susu tu telan jer Ostematrix ni..inshaaAllah :)


4. Mengurangkan gejala PMS - menurut kajian, dengan mengambil 100mg kalsium dan magnesium seretntak, ia dapat mengurangkan sakit semasa haid dan membantu pembuangan air kecil.


5. Membantu mengurangkan gastrik.


6. Menbantu atlet sukan dengan membekalkan kalsium dan minreal penting dalm tubuh supaya aktiviti lasak dapat dilakukan tanpa kejang, sakit sendi, saraf dan sebagainya.



Siapa yang perlukan Ostematrix ni?

Kalau diikutkan Ostematrix ni diperlukan oleh semua terutamanya ibu hamil, ibu menyusu, atlet, dan warga emas..mak bapak kite la tu..;)

1. Ibu hamil - kandungan kalsium dikongsi dengan baby di dalam rahim, jadi pengambilan kalium sangat penting terutamanya yang sering mengalami kebas kaki, bengkak kaki (water retention), gusi berdarah dan sakit pinggang. Ini adalah gejala kurang kalsium dalam badan. 

2. Ibu menyusu - sangat penting bagi memastikan kandungan kalsium dalam badan mencukupi untuk anda dan bayi. 

3. Wanita dengan PMS yang teruk - boleh mengurangkan sakit..lepas ni tak berguling-guling dah atas katil tahan sakit..:)

4. Wanita atau individu 30 tahun ke atas- bagi mengelakkan osteoporosis sebelum usia.

5.  Warga emas - yang mempunyai tekanan darah tinggi dan sakit saraf. Sangat disarankan kepada ibu bapa yang selalu sakit sendi lutut, susah nak bangun duduk waktu solat.

6. Individu yang merokok dan pengambilan alkohol dan minuman ringan yang banyak - tabiat gaya hidup yang menggangu atau mengehadkan penyerapan kalsium dalam tubuh.

7. Individu yang tak boleh minum susu - telan saja pil kalsium selesai masalah..:D


Jadi, jom dapatkan Ostematrix hari ini..hadiahlkan untuk diri-sendiri, suami dan ibu bapa di kampung..jangan dah saki-sakit baru nak menyesal..:)

Boleh email  mummyzihan@gmail.com dan dapatkan harga terbaik dari saya.

Wasalam.

Introduction to Shaklee




Assalamualaikum..akhirnya hajat terlaksana untuk memulakan impian sendiri bergelar Independant Distributor Shaklee..semoga Allah permudahkan saya untuk meneruskan impian berkongsi tentang kebaikan produk-produk Shaklee dengan anda semua..bermula dengan penggunaan sendiri membuatkan saya jatuh cinta dengan kebaikan yang diperolehi ..bukan saya sahaja yang merasai kebaikannya malah keluarga turut teruja dengan improvement kesihatan masing-masing selepas menggunakan produk ini..jadi dengan sebab itulah, saya ingin berkongsi dengan anda semua kehidupan positif yang saya lalui setelah bertemu dengan Shaklee..Alhamdulillah..sharing is caring.. :)

Jadi pada mereka yang berada di sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong, Putra Heights, Klang dan seluruh Malaysia, saya adalah pengedar sah produk Shaklee anda..sebarang pertanyaan tentang produk, harga terbaik atau sebarang masalah kesihatan , bolehlah email saya di mummyzihan@gmail.com..saya akan cuba membantu insyaaAllah..