Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Sunday, 11 May 2014

Hadiah sempena hari ibu?

Assalamualaikum..



Meriahnya wall FB harini dengan ucapan selamat hari ibu buat ibu-ibu tersayang..walaupun bagi saya setiap hari pon adalah hari ibu tapi tidaklah salah untuk kita meraikan mereka ini dengan membuat mereka merasakan diri mereka begitu istimewa hari ini..dan saya pon tak ketinggalan untuk menghubungi Mama saya di kampung. Walaupun terasa sedikit terkilan sebab tidak dapat menyambut hari ibu bersama-sama tapi Alhamdulillah Allah dah beri kesempatan untuk kami adik beradik berkumpul pada minggu lepas. Cantik perancangan yang Allah dah atur.

Al-Fatihah buat arwah ibu mertua saya juga yang telah pergi meninggalkan kami setahun yang lepas. Mami sentiasa berada di dalam ingatan kami semua. Mereka berdua inilah insan yang telah memberi banyak tunjuk ajar pada saya untuk menghadapi cabaran setelah bergelar isteri dan ibu..semoga Alah merahmati mereka berdua..amin..

Jadi apa hadiah hari ibu anda??

Ramai anak-anak yang terlalu nak berikan kemewahan kepada ibu dan bapa mereka..ada yang sanggup belanjakan wang ribuan ringgit untuk membeli beg tangan berjenama, baju berjenama, jam tangan berjenama tapi adakah itu lebih bernilai dari harga sebuah KESIHATAN??haa..ramai yang terlepas pandang akan hal ini..ingat yer kalau ibu dan bapa kita jatuh sakit apa nilai beg tangan mahal itu?apa nilai jam tangan mahal itu?

Walaupun tak salah untuk berbelanja lebih pada mereka sebagai hadiah atau reward tapi prioriti kita sebagai anak adalah memastikan mereka sentiasa sihat terutamanya anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Takkan nak tunggu mak mengadu sakit lutut dulu baru nak cari supplement untuk lutut kan?takkan ayah mengadu lenguh2 badan baru nak cari supplement untuk lenguh badan kan?boleh faham sendiri kot kalau dah umur 50-an kita sebagai anak dah boleh carikan mereka supplement untuk tenaga, supplement untuk sakit lutut, sakit pinggang atau apa2 suplemaent yang sesuai dengan mereka. Kadang-kadang orang tua ni tak nak menyusahkan anak-anak..bila ditanya sihat ke tidak mesti dijawabnya sihat walaupun nak bangun duduk semasa solat pon susah.

Berkat sedikit ilmu yang saya pelajari dari workshop Shaklee dan pendapatan yang saya peroleh dari Shaklee saya hadiahkan set-set kesihatan ini pada ibu dan bapa saya setiap bulan dan syukur Alhamdulillah kesihatan mereka bertambah baik dari hari ke hari.

1. Set sendi shaklee untuk Mama


Mama saya mengalami sakit sendi lutut yang agak teruk akhir tahun lepas dan ini menggangu pergerakan beliau semasa bersolat. Selain itu, ibu jari mama juga tidak boleh dibengkokkan sehingga perlu jalani rawatan fisioterapi di hospital setiap minggu. Risau dengan keadaan itu saya terus belikan Mama set ini dan Alhamdulillah nurse pon terkejut kerana Mama dapat bengkokkan ibu jari dalam waktu yang singkat. Dengan konsisten mengambil Omegguard juga darah tinggi dan bacaan kolesterol menurun dengan sendirinya dan sekarang ini bacaan darah tinggi Mama telah kembali normal dan tidak perlu lagi berpantang. Lenguh-lenguh badan pon hilang dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur bagi menggantikan susu. Orang tua mana sukakan susu..hehe

2. Set gout shaklee untuk Papa

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Alfalfa yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid urik ini. Pesakit gout juga memerlukan air yang banyak justeru Performance Drink berperisa oren yang sedap ini membantu mengekalkan jumlah air di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. Omegaguard membantu mengurangkan keradangan dan AJHT memberi keselesaan kepada sendi.

3. Vivix untuk Papa

Alhamdulillah dengan izinNya Papa telah berhenti merokok sepenuhnya dengan bantuan supplement Vivix. Sebelum ini saya juga kurang percaya dengan testimoni dari pengedar-pengedar lain tentang Vivix boleh membantu perokok tegar berhenti merokok sehinggalah Papa berjaya berhenti merokok dengan hanya botol Vivix pertama sahaja. Mama dan saya lah orang yang paling gembira. Bila ditanya apa yang menyebabkan Papa 'quit smoking' dengan begitu mudah, Papa cakap lepas makan Vivix tu rasa rokok tu jadi 'tawar'. Patotlah ada testimoni sebelum ini yang mengatakan suaminya rasa rokok tu macam pahit lepas makan Vivix, lepas tu terus berhenti..:)


Apa-apapon segalanya dengan izinNya jua...Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan Shaklee di kala ibubapa saya perlukan suplement-supplement tambahan untuk membaik-pulih kesihatan mereka. Semoga kita sebagai anak-anak tidak mengabaikan kesihatan mereka ini. Prevention is better than cure..Selamat hari ibu semua!!:)

Jangan segan menghubungi saya untuk mendapatkan supplement hebat ini dengan konsultasi percuma!

Zihan (SID : 891703)
0133651877 / 0166691877
COD area ; Shah Alam, Bukit Jelutong, Putrajaya, Bangi, Kajang, dan sekitarnya.






Thursday, 14 November 2013

Set Gout Shaklee

Apakah gout?


Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protein bernama purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Jadi asid urik yang terkumpul di dalam sendi ini akan menjadi punca kepada penyakit gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

Tanda-tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Rawatan
  • Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
  • Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Rawatan Jangka Panjang
  • Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan
  • Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
    ELAKKAN MAKAN
    KURANGKAN MAKAN
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardin
  3. Daging cincang
  4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  7. Peanuts, lentil, beans and peas
  8. Poultry
  9. Roti jagung dan bijirin

Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Minum banyak air - hubungi saya untuk menyukat jumlah air yang diperlukan badan anda
 sumber : Lifeline

Oleh itu, pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout sangat perlu menjaga diet seharian. Jika anda mahukan alternatif selain ubat penahan sakit, jom cuba supplement berikut :



1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi

4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah 
berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :

FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Monday, 19 August 2013

6 cara sihatkan kolon

Assalamualaikum

Baru sempat nak update blog..itu pon kne tunggu anakanda semua beradu dulu..hihi apa khabar semuanya?masih dalam mood raya ke?ke masih sibuk ke open house?beraya2 jugak kesihaatan jangan lupa..jangan main bedal jer semua depan mata tu..hehe

Harini mari kita mengenali apa itu detoks..selama ni orang asyik duk sebut detoks2 tau ke apekebendanya tuh?

Detoks atau detoksifikasi atau nyahtoksin adalah proses penyingkiran himpunan toksik atau racun  yang terkumpul di dalam tubuh kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Tahukah anda detoksifikasi boleh memanjangkan usia dengan mengurangkan risiko penyakit yang boleh dicegah seperti IBS, divertikulosis dan kanser kolon. Sebagai tambahan ia boleh mengurangkan kembung, sembelit, diaerea, letih dan angin.

Jom ketahui bagaimana cara nak sihatkan atau menjaga kolon kita..tahukah anda kolon manusia ni umpama saluran paip sinki dapur tu..gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berkekat dan menjadi tersumbat bukan.

Bila ini berlaku, dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan). Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda akan menghadapi masalah berat badan.

Sebab itu pentingnya kita membersihkan dulu usus kita sebelum mengambil apa-apa vitamin atau makanan tambahan supaya penyerapan berada di tahap optimum. Jadi janganlah marah kalau makan vitamin berbakul-bakul tapi tahap kesihatan macam tuuu jugak..macam takde kesan..so cuba cek balik rasenya kolon kita bersih tak..:)

1) SERAT


Makanan kaya serat adalah makanan terbaik untuk kolon yang sihat. Mengambil jumlah serat yang secukupnya sekitar 25-35g sehari seperi raspberi, pisang, prun, kekacang,saderi dan pasta mil penuh adalah permulaan terbaik untuk membersihkan tubuh.Tahukah anda ALFALFA juga adalah salah satu makanan yang sangat tinggi kandungan serat? Lain-lain makanan yang kaya dengan serat termasuklah beras perang, bijirin sarapan dan roti mil penuh. Serat membantu pergerakan bahan buangan makan di sepanjang salur penghadaman. Ini secara tidak langsung membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko penyakit divertikular. 

2) VITAMIN D

American Journal of Clinical Nutrition mendedahlakan pengambilan vitamin D yang berterusan bermanfaat dalam mencegah kanser kolon dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber vitamin D boleh didapati dari pendedahan kepada cahaya matahari 15-20 minit sehari dan makanan seperti roti, ikan berlemak, susu dan bijirin. Jika makanan kurang membekalkan vitamin D, anda boleh mendapatkannya melalui supplement. Vitamin D juga diperlukan dalam mencegah osteoporosis.

Tablet kalsium Ostematrix lengkap dengan vitamin D dan mineral lain. Gabungan mantap tersebut boleh membantu melancarkan perjalanan usus. Sebab itulah pengambilan 4 biji Ostematrix bukan sahaja memberi tidur yang lena tetapi  proses pembuangan juga menjadi lawas keesokan harinya. 

3) JANGAN TANGGUHKANNYA!

Jika merasa perlu ke tandas teruskan sahaja hasrat anda itu. Sikap gemar bertangguh menyebabkan bahan buangan dalam usus besar membebaskan toksin. Kerap mebuang air besar salah satu cara membersihkan dan mengekalkan kesihatan kolon.

4) BERSENAM


Sekiranya ingin mengekalkan kesihatan kolon, bersenam antara bahagian penting yang hasrus diamalkan. Dengan meningkatkan pengaliran darah dengan bersenam, kolon dan sistem penghadaman mendapat lebih oksigen. Rurtin kecergasan tidak perlu terlalu ekstrem.  Regangan, yoga atau berjalan selama 10-15 minit sehari sudah memadai.

5) KOLONOSKOPI

Memang benar ia bukanlah pengalaman yang menyeronokkan tapi penting untuk pengesanan dan pencegahan awal kanser kolon. Bagi individu 50tahun ke atas, kolonoskopi perlu dalam mengekalkan kesihatan kolon. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit atau diarrea yang berterusan segeralah berjumpa doktor.

6) AIR


Kekurangan air boleh mendorong kepada pengumplan toksin dalam tubuh. Semasa toksin berkumpul, sembelit, kembung, gas, IBS, dan keletihan bertambah. Cuba minum 8 gelas air sehari untuk membersihkan tubuh.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Friday, 31 May 2013

Kekal langsing walaupun menyusu

Assalamualaikum..




Saya selalu mendengar rintihan mommies yang baru mendapat cahaya mata..kebanyakannya nak menyusu badan sepenuhnya tapi pada yang sama nak slim!!

Sudah lumrah kita wanita ingin kelihatan cantik dan anggun terutamanya untuk tatapan suami tersayang..tapi almaklumlah bila dah beranak pinak ni berat badan ni payahnya nak turun..lagi-lagi anak dah berderet macam saya ni..alaahai..

Kebanyakannya pening macamane nak diet sedangkan orang yang menyusu ni asyik nak makan jer, berselera tak hengat kata orang haha..kalau diet sungguh-sungguh nanti baby tak cukup zat pulak, nanti susu pon merajuk tak nak keluar..jadi makanla jugak mommies ni semua 'makanan-makanan yang berkhasiat' itu..sarapan makan nasi lemak, jap lagi belasah roti canai pulak, tengahari makan nasik minyak pulak (mode orang kawen), petang sikit teringat lame tak makan kek SR, pastu dinner kompem nasik pulak,siap bertambah-tambah..tak dapat nasik tak leh tido hoi..huhu..semuanya demi memastikan si anak mendapat khasiat secukupnya..itulah kasih seorang ibu..hehehe

Kat pasaran sekarang ni, bermacam-macam  produk pelangsingan yg kita boleh lihat..kat iklan tv, magazine, facebook,blog2..macam-macam!tinggal lagi nak pilih jer..tapi mommies harus berhati-hati yer..kebanyakan produk pelangsingan di pasaran tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh ibu yang menyusu dikhuatiri menjejaskan kesihatan baby..

Tidak dinafikan ibu menyusu lebih mudah menurunkan berat badan kerana menyusukan bayi memerlukan antara 200-500 kalori sehari jadi  bayangkn berapa kalori yg terbakar kalau baby menyusu 8-10 kali sehari..banyakkan?tapi harus diingat kalau makan tak jaga tak jadik jugak dik oi..:)

Tapi tulah kan ibu menyusu ni cepat jer lapar..baru jer makan, buat keje siket jap lagi lapar balik..hihi jadi mari kite semua berdiet secara sihat dengan mengambil makanan seimbang, minum air yang cukup, makan kerap tapi kuantiti sikit, bersenam secara teratur dan mengambil supplement dari Shaklee..bonus mengambil set ini mommy jadi kurus, baby sehat dan bam-bam macam model baby michelin..bukan kulit mommy jer jadi cantik bahkan kulit baby pon halus dan gebu jer...yang penting set slimming shaklee ini memang selamat untuk wanita yang menyusu dan tidak memudaratkan baby comel anda..

Haa..teruja tak??sebelum tu, mari lihat bagaimana set ini berfungsi..




ESP : minuman protein soya yang memberikan tenaga, memberikan rasa kenyang yang berpanjangan, mencantikkan kulit dan memekatkan susu ibu (boleh menggantikan hidangan utama yang berat)

Lecithin : membantu memecahkan lemak-lemak dengan cepat dan mengawal paras kolesterol.


Alfalfa : membantu membuang lemak yang dipecahkan, membersihkan usus(detoks), pengganti kacip fatimah merapatkan miss V, merawat keputihan.



Ini salah satu testimoni mommy yang telah berjaya menurunkan berat badan selepas menggunakan set slimming menyusu shaklee..





TESTIMONI Puan Noor Akilla Salleh


"Salam...jika sebelum ni kita share pasal set berpantang, now kite nk share lak set slimming ni... Superb kan..kite xpenah sangka yang kite bleh turunkan berat kite balik..20kg!!! MEMEY TERBAIK!!! Kite consume amek ESP, ALFAFA, N LECHITIN.... Kite teruja laaaa...dah la berat turun, lebih dari zaman b4 preggy, susu pon meriah...kulit pon cantek..n banyak lagila..yg penting cam kite cakap dulu, SHAKLEE MEMEY BESH!!"

P/S: Rugi lau xcube!!



Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703