Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Panduan untuk kurus

Assalamualaikum

Saya selalu didatangi oleh customer yang ingin hamil tetapi dinasihatkan oleh doktor supaya menurunkan berat badan. Biasa kita dengar obesiti juga punca kemandulan. Jadi adalah lebih baik kita mengawal pemakanan kita dan mulakan gaya hidup sihat hari ini jugak. 


Berikut adalah tips dari blog Dr.Hamid Arshat mengenai cara menurunkan berat badan yang beliau sering nasihatkan kepada pesakit-pesakit beliau.


Selain cara di bawah adalah dinasihatkan juga untuk anda mengambil supplement pemecah lemak dan detoks yang selamat untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan supaya peluang untuk hamil lebih besar. Jangan sesekali percaya kepada ubat kurus yang menjanjikan penurunan berat dalam masa yang singkat ye..dikhuatiri didalamnya terdapat bahan2 terlarang. Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai SET SHAPE UP yang gerenti selamat dan berkesan ni.




Jom kita sama-sama amalkan panduan yang dikongsikan oleh Dr.Hamid.


1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Sunday, 28 July 2013

Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

Assalamualaikum

Kita selalu dengar Shaklee ialah vitamin semulajadi kan?tapi apa itu vitamin semulajadi dan apa bezanya dengan vitamin sintetik?jom kita tambah ilmu harini..jom ketahui apa bezanya dan kenapa vitamin semulajadi ini lebih selamat melalui perkongsian dari Mamafaiz..:)


Mengapa semulajadi/natural?
  1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.
  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik..
  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.
Mengapa elakkan sintetik?
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik.
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids" atau "biogradable",
  3. Melalui kehadiran pek "silika gel" dalam bekas- menandakan ianya sintetik.(jadi pastikan botol2 vitamin yg anda beli tiada silika gel)
  4. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care
Bagaimana dengan Shaklee?Semestinya Shaklee unik.. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita semua...


Kalau dah faham lepas ni cuba cek botol2 vitamin anda..kebanyakannya ade silika gel kan..fungsi silika gel ni sebenarnya untuk menyerap lembapan atau wap air yang terperangkap di dalam botol. Jadi apa masalahnya?haa..tahukah anda jika vitamin ini bertindakbalas dengan wap air atau lembapan ianya akan bertukar menjadi substance lain.

Buktinya cuba anda ambil sebiji vitamin Shaklee dan sebiji vitamin lain dan letakkan di atas meja selama beberapa hari..kemudian lihat perubahan kedua-duanya selepas beberapa hari. Vitamin Shaklee mengekalkan keadaan asalnya (kecuali B complex yang akan berubah menjadi sedikit tengik jika dibiarkan pada suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan berubah menjadi HITAM!Cubalah kalau tak percaya..

Anda juga boleh hancurkan sebiji Vitalea dan letakkan dalam semangkuk air yang berisi sayur yang hampir layu. Buat benda yang sama dengan multivitamin lain dari farmasi. Anda akan dapt lihat sayuran yang direndam dalam larutan Vitalea akan bertambah segar dan sayuran yang direndam dalam multivitamin lain akan semakin layu.

Contoh vitamin sintetik ialah obimin yang sering diambil oleh wanita hamil. Memang takde kajian ambik Obimin boleh mati yer so jangan terlebijh cuak tapi pengambilannya akan memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang,. Antara organ yang terkesan ialah buah pinggang kita. Sebabnya kalau kita kurang minum air, tambahan pula mengambil vitamin sintetik, buah pinggang kita dipaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyingkirkan bahan sintetik yang tidak larut dalam badan. 

Jadi pilihan di tangan anda..tidak salah rasanya melaburkan sedikit wang dengan vitamin semulajadi demi masa depan yang sihat.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877

Shaklee Independent Distributor ID : 891703