Pihak KMAM telah mengesahkan bahawa bekalan air awam telah melalui proses rawatan air yang ketat mengikut fasa rawatan tertentu seperti rawatan Pengudaraan, Flokulasi dan Kogulasi, Pemendapan, Penapisan, Pembetulan pH, Fluoridasi dan Pengklorinan.
Justeru pihak KMAM yakin air yang disalurkan kepada pengguna tidak perlu lagi melalui proses lain sebelum diminum seperti proses memasak dan proses menapis menggunakan penapis air.
Namun sering terjadi air yang diterima menjadi keruh dan kelodak. Inilah yang perlu kita risaukan.

