Showing posts with label Ekzema. Show all posts
Showing posts with label Ekzema. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Rawat ekzema dengan Shaklee

Assalamualaikum

Alhamdulillah salam Jumaah yang penuh barokah..sebenarnya tuan rumah masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru dengan kedatangan 'orang baru' ni..itu yang kadang berupdate, kadang tidak..hehe syukur sangat sekarang dah hampir 4 petang badan masih rasa cergas dan mata langsung tak mengantuk..thanx to vitamin2 Shaklee!hehe

Ok dah melalut kot..kalau entry yang lepas kita dah mengenali apa itu ekzema harini kite tengok pulak ape pulak supplement dari Shaklee yang sesuai untuk merawat ekzema..kebiasaanya kalau kite ke hospital, doktor akan preskripsi ubatan jenis streoid tetapi khabarnya apabila digunakan pada masa yang panjang ianya akan memberi kesan sampingan. jadi alangkah pentingnya kita mencari rawatan alternatif lain yang selamat dan tiada kesan dalam jangka masa panjang. 

Jadi untuk mengurangkan kesengsaraan pesakit ekzema ini dan bagi mengurangkan kebergantungan pada ubatan steroid ini anda boleh mencuba rangkaian ubatan dari Shaklee yang dijamin selamat dan semulajadi tanpa kesan sampingan.




Ini adalah set rawatan ekzema shaklee yang wajib dan biasanya disarankan oleh pengedar shaklee..akan tetapi apa yang anda ambil sebenarnya bergantung kepada jenis dan tahap ekzema anda..sebab itu anda perlu berbincang dahulu dengan pengedar tentang masalah anda dan pengedar akan membantu anda memilih supplement yang terbaik untuk rawatan ekzema anda.

Mari lihat apa kebaikan set rawatan ekzema basic ini.

1) Langkah 1 - minum MEALSHAKE
- berperanan untuk membantu pertumbuhan sel kulit sihat untuk menggantikan sel kulit yang rosak.
- bonus mengambil mealshake :
  • meningkatkan selera makan terutamanya di kalangan kanak-kanak
  • meningkatkan sistem imuniti - jarang sakit,demam,selsema
  • menyediakan nutrisi lengkap dengan kandungan mutivitamin dan mineral
  • parut cepat hilang
2) Langkah 2 - mandi BASIC-H
- digunakan untuk mencuci bahagian yang terkena radang dan gatal
- sangat sesuai untuk jenis ekzema yang berair, bernanah tapi tidak sesuai untuk ekzema jenis kering dan bersisik.

3) Langkah 3 - sapu HERBAL BLEND
- super moist cream yang disapu pada tempat kering dan kasar yang mana ianya berfungsi melembapkan kulit.
- melegakan gatal-gatal dan pedih
- dirumus dari ekstrak herbal semulajadi seperti sage, rosemary dan horse chestnut yarrow.
- kurang sesuai untuk ekzema jenis berair. (sila pm untuk keterangan lanjut)


Terdapat juga beberapa produk lain yang sesuai dalam rawatan ekzema bergantung pada keperluan.


Protein soya bagi menggantikan Mealshake yang sangat baik untuk pemulihan sel-sel rosak dan menggantikan dengan sel-sel baru yang sihat.

Vitamin E
Terkenal untuk merawat dan melicinkan kulit terutamnya pesakit ekzema dan memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga dikatakan dapat mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria.

Omega Guard
Omega Guard membantu masalah Eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit kering yang menjadikan ekzema semakin teruk. 



Alfalfa Complex
Raja bagi segala tumbuhan yang sangat kaya dengan klorofil yang dapat membatu masalah penyakit kulit seperti ekzema.



Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.

Baby 

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+omega guard untuk merawat kulit. Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+mealshake+vitamin e+herbal blend+omega guard +alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pada saya.


Seperti yang saya katakn tadi, produk yang diambil bergantung pada keperluan dan tahap ekzema anda. Jadi, boleh hubungi saya terlebih dahulu untuk membuat pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan ekzema anda. Inshaallah saya akan cuba membantu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : nurazihan@gmail.com
Sms/Whatsapp : 0133651877 
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Tuesday, 4 June 2013

Kenali ekzema



Apa itu ekzema?

Ekzema adalah penyakit kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, radang, menggelupas, kemerahan, merekah, berair, berdarah dan gatal. 

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Ekzema biasanya menyearnag kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga belasan tahun dan sangat sukar diubati.


 Jenis-jenis ekzema


Acute eczema 

  • 'Erythoma', kulit bergejolak, gatal dan keradangan.
  • 'Papules' pembentukan tompok-tompok merah
Eczema kronik
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Apakah penyebab ekzema?
  • Keturunan - ahli keluarga lain mempunyai eczema, asthma dan alergi rhinitis.
  • Perubahan emosi - tekanan dan stress terlampau
  • Faktor pemakanan - makanan laut, telur, pengawet dan pewarna makanan, alkohol
  • Bahan iritasi - asap rokok, bahan kimia, cuaca terlampau panas dan sejuk
  • Alahan - alahan kepada sabun, syampu, serbuk pencuci, kosmetik, bahan kimia (contoh nikel dalam barang kemas), kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama,habuk rumah (house dust mites)

Apakah rawatan untuk ekzema?


  • Penggunaan losyen dan emolien untuk melembapkan kulit mengikut  tahap ekzema (kebanyakannnya mempunyai kandungan steroid yang boleh menipiskan kulit)
  • Penggunaan bahan cuci khas


Bagaimana mengawal ekzema?

  • Pakaian - longgar, diperbuat dari kapas, elakkan dari fabrik sintetik
  • Pemakanan - pastikan diet seimbang untuk sistem pertahanan badan yang kuat, elakkan makanan yang menyebabkan alergi
  • Persekitaran - pastikan persekitaran bersih dan pengudaraan baik, elakkan persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering
  • Kebersihan - pastikan cadar sentiasa bersih dan tukar dengan kerap dan basuh dengan suhu tinggi, elakkan permaidani atau permainan berbulu
  • Penjagaan diri - kuku sentiasa pendek dan bersih untuk elakkan iritasi semasa menggaru, mandi dengan air suam, elakkan merendam dengan air panas terlalu lama atau air yang mengandungi banyak klorin dan patuhi arahan doktor.
  • Aktiviti luar - elakkan terdedah pada cahaya matahari dan penghawa dingin dengan kerap. 

Bagi yang masih tercari-cari produk untuk merawat ekzema, jomlah kita berikhtiar dengan set rawatan ekzema Shaklee yang terdiri dari mandian BASIC-H , krim  HERBAL BLEND dan minuman MEALSHAKE..Inshaallah saya akan kongsikan kebaikan menggunakan gabungan 3 produk ini dalam post yang akan datang..:)


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703