Saturday, 7 June 2014

Putihkan kulit dengan oats!

Assalamualaikum..


Oats banyak manfaatnya..saya suka campurkan oats dengan serbuk protein ESP dan jadikan sarapan setiap pagi. Selain mengenyangkan, oats juga boleh merendahkan tahap kolesterol tau.


Tapi ramai yang tak tahu oats juga boleh MENCERAHKAN kulit secara semulajadi. Ini kerana oats mengandungi lemak sihat yang mampu meresap ke dalam kulit lantas MENCERAH dan MELEMBAPKAN kulit.

Selain itu, dalam oatmeal juga terdapat POLISAKARIDA yang apabila dilarutkan ke dalam air, akan berubah menjadi agar-agar. Kandungan polisakarida ini juga membantu kulit agar tetap SENTIASA NAMPAK LEMBAP dan menghindarkan kulit dari kekeringan.

Kulit kering pada wajah memang tidak diinginkan oleh banyak orang, kerana menyebabkan kulit kusam dan mempercepat terjadinya kedutan.

Kandungan SAPONIN yang ada dalam masker oatmeal, sangat bermanfaat untuk membersihkan pori-pori kulit wajah yang kotor akibat debu dan kotoran lainnya dan mampu MENGECILKAN PORI WAJAH lantas mengurangkan BLACKHEADS dan WHITEHEADS yang dibenci semua wanita.

Jadi jom saya kongsikan petua khas untuk anda yang nak cerahkan kulit dengan oats.

MASKER OATS dan VITAMIN C



Bahan:

 Cara membuat dan memakainya: 
  • Pertama, patahkan Vitamin C shaklee dan rendamkan separuh ke dalam beberapa titis air. 
  • Setelah kembang dan hancur sepenuhnya, campurkan oats dan perahan limau npis ke dalamnya. (Boleh juga blend oats untuk tekstur lebih halus.)
  • Kemudian sapukan masker diatas pada wajah Anda, Setelah setengah kering, urut halus dengan gerakan melingkar pada area tersebut.
  • Setelah itu sapukan lagi dengan bahan yang masih tersisa, kemudian biarkan  lebih kurang 20 minit.
  • Terakhir, bilas dan keringkan wajah anda dengan menggunakan air.
Options : boleh juga omit perahan limau nipis bagi yang ada banyak jerawat..nnt pedih..hehe 

Kenapa oats?
Oats boleh menyingkirkan sel mati lantas menghalus dan mencerahkan kulit.

Kenapa limau nipis?
Limau nipis tinggi antioksida.

Kenapa vitamin C?
Vitamin C sgt bagus untuk mencerahkan dan menyegegarkan kulit wajah. Ia juga merangsang pengeluaran kolagen dan membuatkan kulit lebih tegang dan halus disentuh.

Ingin menjana pendapatan sampingan dengan shaklee?
Inginkan maklumat lanjut mengenai produk?
Sila hubungi saya :

FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment