Friday, 9 May 2014

Produk kulit untuk putih instant?

Assalamualaikum..

Semua dah terbeliak bijik mata nak baca kan?sebab tanggapan orang kita kalau putih jer cantik padahal cantik itu subjektif..ada jer yang kulitnya takdelah putih tapi tetap cantik dan sedap mata memandang..☺️

Tapi oleh kerana terpengaruh dengan iklan2 mungkin semua orang pon nak berkulit putih..jadi tak hairanlah produk-produk pemutihan kulit kat pasaran tu  tersangat laku sehinggakan pengasasnya boleh menjadi jutawan segera..pasarkan harini bulan depan untung juta-juta..

Tapi pernah dak kita ni terfikir macamana krim atau produk tu boleh putihkan kulit dengan begitu cepat yer?tak bahaya ke?takde kesan sampingan ke?

Jawapannya adaaaa....produk2 yang menawarkan pemutihan kulit kadar segera ni memang mengandungi bahan beracun terlarang yang tak diluluskan oleh KKM..tapi oleh kerana mengejar kepentingan sendiri pihak pengeluar pandang hal ini sebelah mata jer..

Bagaimana produk beracun ini memberi kesan yang cepat?pakai magik ke?hehe produk-produk ini mengandungi bahan  yang sangat berbahaya seperti hidrokuinon dan raksa yang boleh MENGHAKIS dan MENIPISKAN KULIT  dalam waktu yang singkat..ini biasa kita jumpai dalam krim pemutih atau krim malam yang banyak dijual sekarang..murah pulak tu sebab kualiti sangat rendah..sebab tulah kita pakai krim tu harini kat muka minggu depan mesti ada orang tegur " Eh...mana pergi jeragat2 ko eh?baru minggu lepas aku tengok ada lagi.." atau "Wahhh...licin berkilat muka ko sekarang..putih melepak lepak pulak tu" haaa..itu antara ayat yang biasa kita dengar lah..mesti happy lah sebab orang dah puji kan so kita rasa produk tu bagus..tapi perlahan2 produk tu akan hakis dan hakis kulit kita sehinggakan lapisan kulit akan rosak lalu menjadi penyakit..lebih dasyat lagi boleh membawa kepada kanser kulit..nauzubillah..


So..saya nak kenalkan kepada semua adik kakak produk semulajadi yang bebas dari sebarang bahan racun merbahaya..tiada kesan sampingan pastinya..saya sendiri dah pakai selama beberapa bulan dan sangat berpuas hati dengan kesannya..Alhamdulillah..

Yang bestnya produk ini jugak boleh mencerahkan kulit..mencerah yer bulan memutihkan kulit..istilah yang berbeza tu..maksudnya ia membantu kulit kita nampak berseri dengan membuang sel2 mati pada kulit so kulit akan nampak lebih cerah dan berseri tapi tidaklah sehingga nampak putih yang pelik..faham kan?hehe

Set Nutriwhite ini memang dah diakui ramai boleh melicinkan dan melembutkan kulit wajah..ini adalah 3 produk asas dalam set jni..sekiranya berminat boleh hubungi saya ok..😊



1 comment: