Tuesday, 18 March 2014

5 tips menguruskan pantry dapur

Bagi seorang wanita lebih2 lagi seorang suri rumah, dapur adalah satu ruang yang tersangat penting. Dapur boleh dikatakan umpama 'office' bagi mereka dan 'second office' bagi wanita yang berkerjaya.

Jangan tak tahu dapur atau pantry juga boleh mengubah 'mood' seseorang wanita sehari-hari. Kalau dapur kita bersih, kemas, sedap mata memandang mesti kita akan lebih teruja nak cuba resepi baru kan. Bangun pagi2 terus datang idea best nak masak apa. Tapi bayangkan kalau pinggan penuh satu sinki, barang2 bersepah, nak cari satu2 benda pon tak ingat kat mana letak confirm tak berasap lah dapur..hehe

Pantry yang bersih dan teratur akan lebih memudahkan kerja2 memasak dan mengemas. Sebab tu dapur atau pantry ni kena dikemas kini selalu..:)

So, meh sini saya share 5 tips untuk korang uruskan dapur atau pantry dengan lebih senang dan teratur. 


Tips 1: Labels, labels, labels




Labelling adalah sangat penting kalau korang mempunyai pantry seperti ini. Yes! We have one in our house. We transformed our small room downstairs into pantry+laundry room+store..all in one!hehe

You can print out this label or you can just write and design it in your own!

2. Sort MOST-USED to NOT-OFTEN USED

Bagaimana nak mula menyusun?Yes!Semestinyalah korang kena keluarkan semua barang dari pantry atau rak dulu. Sort semua barangan pada MOST-USED dan NOT-OFTEN USED.

Barangan yang jarang digunakan boleh diletakkan di bahagian atas rak manakala barangan yang selalu digunakan seperti spices, cereals, sugar bolehlah diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Dengan ini barangan korang tu akan sentiasa kemas teratur sebab korang just usik barang yang korang guna jer tanpa mengganggu barangan lain..betul tak?

3. Take Inventory



Haa..ingat kedai runcit jer ada inventory? Kadang-kadang kita lupa apa yang kita simpan kat rak dapur tu kan? Bila nak guna atau bila teringat tengok2 dah expired..haa kan dah membazir tu.

Taking inventory and being organized will prevent you from spending money on unnecessary itenms and making sure you use your items before expiring dates..:p

Contoh inventory kat atas ni boleh la bantu korang supaya tak lupa apa yang korang dah beli minggu lepas. Korang bolehla tulis item apa yang korang beli, kuantiti berapa, untuk masakan apa, dan macam2 lah..pikirlah sendiri ek..hehe

4. Clean those shelves

Sebulan sekali korang boleh buat projek membersihkan pantry atau rak2 kabinet korang tu. Keluarkan semua barang dan basuh atau lap mana perlu. Untuk pastikan kebersihan pantry atau rak, sangat2 digalakkan lap jugak rak2 tu semua dari habuk2 yang melekat. Saya biasa guna Basic-H untuk kerja mengelap ni semua..sebab Basic H ni free from chemicals yang berbahaya dan yang penting lembut pada tangan. So takdelah korang meroyan tangan dah kasar sebab banyak sangat buat kerja mengelap mengemas ni..hehe

5. Use BASKET and PLASTIC CONTAINERS





This one i superlike!!How come la tak terpikir idea ni dari dulu. Kalau korang buat macam ni bukan jer nampak kemas tapi senang nak cari barang yang korang nak pakai. Caranya just sort items and group them in plastic containers atau basket. Kalau clear basket lagi bagus sebab korang boleh nampak apa items dalam tu and again don't forget the labelling ok..:)


Ok tu ajer..harap info ni dapat membantu semua dan memberi inspirasi supaya kita semua lebih rajin ke dapur..have a nice day everyone!


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

No comments:

Post a Comment