Thursday 12 December 2013

Resepi melty hersheys mealshakes

Assalamualaikum


Melty hersheys ni projek saya dengan my 4yo daughter semalam..kalau saya baking atau buat dessert dialah yang paling sibuk nak tolong..and for this recipe most of the steps dia yang buat..


For the base, Ana tolong crushed the crackers..then gaul and letak dalam bekas.

For the ganache Ana tolong cut chocolate bar into smaller pieces

For the filling, Ana tolong whipped and mixed with mixer.

And lastly, part ni memang her favourite..decorations!!yes!she helped me decorate the dessert.:)

Ok aunties..here is the recipe..buat yer..mealshakes jangan lupa untuk menambahkan kesedapan dessert ni..tak yah letak artificial vanilla dah sebab mealshakes ni dah bagi rasa vanilla yang sedap macam aiskrem!hehe

RESEPI BASE
Saya guna resepi 1..guna apa je yang ada kat rumah..kalau ade kek2 lebih tak habis makan pon boleh guna..tak baik membazir..:)

Resepi base (1)

150 gm Graham crackers (kalau takde gantikan dengan biskut marie) ~crushed

30 gm almond flakes/oats/dorset cereal
90 gm mentega/butter ~ cairkan

Campurkan biskut , kekecang dan oats
Tambahkan mentega tyang telah dicairkan dan gaul rata
Letakkan di dalam bekas sebgai base.

Resepi base (2)

Kek span coklat/vanilla
Air nescafe atau jsu lemon

Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembapkan kek.

RESEPI FILLING

Boleh juga gunakan filling yang dah siap dijual di kedai seperti blueberry, strawberry, kiwi, orange, butterscoth atau chocolate syrup.

Saya buat sendiri chocolate ganache..ini resepinya..

Resepi Ganache Coklat

150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Biarkan sejuk dan sediakn digunakan.

RESEPI CHEESE


250g cream cheese ~ suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula
1 sudu teh jus lemon
2sudu mealshakes

Dalam bekas pemutar, putar cream cheese dan gula hingga lembut dan gebu
masukkan yogurt  dan mealshakes dan putar lagi.
Dalam bekas berasingan putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
Kaup balik adunan whippping cream ke dalam adunan cheese
Tambahkan perahan jus lemon dan gaul sempurna.
Masukkan adunan ke dalam piping bag

Cara-caranya :

Sediakan cawan atau bekas kaca kecil
Pilih mana-mana satu bahagian dasar di atas
Tuangkan adunan cheese ke dalam piping bag
Paipkan dalam bekas tadi
Anda boleh selang selikan dengan oreo, biskut marie, kek, lady finger, cip coklat, parutan coklat masakan, filling pilihan dan lain-lain yang dirasakn bersesuaian
Hiaskan atasnya dengan taburan buah-buahan, parutan keju, parutan cokat atau apa-apa sahaja perhiasan yang anda suka.
Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.


Thank you Ana for helping..thank you for the mess..hehe actually its good untuk menggalakkan anak-anak join this kind of activities..projek lain yang boleh buat bersama2 dengan anak-anak adalah seperti membuat pizza, aiskrim, cookies dan lain2. yang penting utamakan keselamatan..

Ok aunties..selamat mencuba!

1 comment: