Monday, 19 August 2013

6 cara sihatkan kolon

Assalamualaikum

Baru sempat nak update blog..itu pon kne tunggu anakanda semua beradu dulu..hihi apa khabar semuanya?masih dalam mood raya ke?ke masih sibuk ke open house?beraya2 jugak kesihaatan jangan lupa..jangan main bedal jer semua depan mata tu..hehe

Harini mari kita mengenali apa itu detoks..selama ni orang asyik duk sebut detoks2 tau ke apekebendanya tuh?

Detoks atau detoksifikasi atau nyahtoksin adalah proses penyingkiran himpunan toksik atau racun  yang terkumpul di dalam tubuh kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Tahukah anda detoksifikasi boleh memanjangkan usia dengan mengurangkan risiko penyakit yang boleh dicegah seperti IBS, divertikulosis dan kanser kolon. Sebagai tambahan ia boleh mengurangkan kembung, sembelit, diaerea, letih dan angin.

Jom ketahui bagaimana cara nak sihatkan atau menjaga kolon kita..tahukah anda kolon manusia ni umpama saluran paip sinki dapur tu..gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berkekat dan menjadi tersumbat bukan.

Bila ini berlaku, dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan). Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda akan menghadapi masalah berat badan.

Sebab itu pentingnya kita membersihkan dulu usus kita sebelum mengambil apa-apa vitamin atau makanan tambahan supaya penyerapan berada di tahap optimum. Jadi janganlah marah kalau makan vitamin berbakul-bakul tapi tahap kesihatan macam tuuu jugak..macam takde kesan..so cuba cek balik rasenya kolon kita bersih tak..:)

1) SERAT


Makanan kaya serat adalah makanan terbaik untuk kolon yang sihat. Mengambil jumlah serat yang secukupnya sekitar 25-35g sehari seperi raspberi, pisang, prun, kekacang,saderi dan pasta mil penuh adalah permulaan terbaik untuk membersihkan tubuh.Tahukah anda ALFALFA juga adalah salah satu makanan yang sangat tinggi kandungan serat? Lain-lain makanan yang kaya dengan serat termasuklah beras perang, bijirin sarapan dan roti mil penuh. Serat membantu pergerakan bahan buangan makan di sepanjang salur penghadaman. Ini secara tidak langsung membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko penyakit divertikular. 

2) VITAMIN D

American Journal of Clinical Nutrition mendedahlakan pengambilan vitamin D yang berterusan bermanfaat dalam mencegah kanser kolon dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber vitamin D boleh didapati dari pendedahan kepada cahaya matahari 15-20 minit sehari dan makanan seperti roti, ikan berlemak, susu dan bijirin. Jika makanan kurang membekalkan vitamin D, anda boleh mendapatkannya melalui supplement. Vitamin D juga diperlukan dalam mencegah osteoporosis.

Tablet kalsium Ostematrix lengkap dengan vitamin D dan mineral lain. Gabungan mantap tersebut boleh membantu melancarkan perjalanan usus. Sebab itulah pengambilan 4 biji Ostematrix bukan sahaja memberi tidur yang lena tetapi  proses pembuangan juga menjadi lawas keesokan harinya. 

3) JANGAN TANGGUHKANNYA!

Jika merasa perlu ke tandas teruskan sahaja hasrat anda itu. Sikap gemar bertangguh menyebabkan bahan buangan dalam usus besar membebaskan toksin. Kerap mebuang air besar salah satu cara membersihkan dan mengekalkan kesihatan kolon.

4) BERSENAM


Sekiranya ingin mengekalkan kesihatan kolon, bersenam antara bahagian penting yang hasrus diamalkan. Dengan meningkatkan pengaliran darah dengan bersenam, kolon dan sistem penghadaman mendapat lebih oksigen. Rurtin kecergasan tidak perlu terlalu ekstrem.  Regangan, yoga atau berjalan selama 10-15 minit sehari sudah memadai.

5) KOLONOSKOPI

Memang benar ia bukanlah pengalaman yang menyeronokkan tapi penting untuk pengesanan dan pencegahan awal kanser kolon. Bagi individu 50tahun ke atas, kolonoskopi perlu dalam mengekalkan kesihatan kolon. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit atau diarrea yang berterusan segeralah berjumpa doktor.

6) AIR


Kekurangan air boleh mendorong kepada pengumplan toksin dalam tubuh. Semasa toksin berkumpul, sembelit, kembung, gas, IBS, dan keletihan bertambah. Cuba minum 8 gelas air sehari untuk membersihkan tubuh.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703