Thursday 24 April 2014

Cara menyimpan B complex yang betul

Assalamualaikum..selamat pagi!

Pagi ni update blog sambil menyusukan si Arissa..supermom ler katekan..hehe ini yang best kerja dari rumah tak payah nak bersiap mekap2, lilit2 shawl,start enjin kereta keluar rumah..duk rumah anak atas riba pon boleh kerja..Alhamdulillah i guess inilah idaman setiap ibu2..anda pon boleh kalau anda nak..😊

Ok melalut!harini bukan nak cerita pasal tu tapi nak cerita pasal B complex yang katanya mempunyai bau yang kurang menyenangkan..tengik!hehe

Memanglah dik non..kalau beli B complex jenama lain kat farmasi tapi takde bau tengik tu itu tandanya B complex itu tak complete..ada komponen yang tertinggal..

Why?? sebab B complex ini haruslah lengkap dengan  8 jenis komponen vitamin B iaitu B1(thiamin), B2(riboflavin), B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA. 

Bau tengik ini datangnya dari Thiamin tu..sebenarnya ok jer kalau tau cara simpan tu betul..😊



Meh sini nak bagitau..B complex haruslah disimpan di dalam peti sejuk kalau anda tak suka dengan bau dia..saya dah habiskan 4 botol B complex tanpa simpan dalam peti sejuk..ok jer hehe tapi ini tips la yer kalau anda mengalami masalah bau ni..elok jugak simpan dalam peti sejuk sebab B complex ni tahan sehingga 4bulan so bolehlah kekalkan kesegaran vitamin tu..😊

Satu lagi ada yang risau bila makan B complex ni urine jadi warna kuning pekat..jangan risau yer..ini keadaan biasa sebab B complex ni spertimana Vitamin C adalah vitamin larut air..so badan kita akan mlakukan timbang tara terhadap keperluan Vitamin B ini dan menyingkirkan yang tidak perlu..ingat yer B complex tidak disimpan dalam badan sebab tu pengambilan yang disyorkan adalah setiap hari..

Ok semua..jom makan B complex sekarang untuk membekalkan extra tenaga hari ini..yang nak kurus pon bagus sebab ia tingkatkan metabolisme..kalau rancang nak hamil atau sedang hamil lagii bagus sebab ianya lengkap dengan folic acid..ok darlings apa2 pertanyaan boleh hubungi saya..😊







No comments:

Post a Comment