Friday 30 May 2014

Kelebihan ESP Shaklee

Assalamualaikum,

ESP adalah antara produk shaklee yang paling HOT kerana peminatnya sangat ramai terutamanya di kalangan wanita.

Apa itu ESP?

ESP adalah minuman protein soya berkualiti tinggi yang dikenali sebagai booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam. Ia juga baik untuk kulit, tenaga, diet untuk mereka yang nak kurus, dan pelbagai lagi manfaat lain. 

Protein kacang soya ini adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


Ramuannya terdiri daripada:
  • Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  • Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Thursday 22 May 2014

Atasi sakit sendi dengan AJHT

Assalamualaikum, 

Pernah tak ibu dan ayah kat kampung mengadu sakit lutut atau sakit sendi? Mesti ada kan? Tak mungkin tak ada sebab biasanya bila masuk umur 50-an kita akan rasa sakit-sakit sendi kerana cairan lendir pada sendi sudah bekurangan terutamanya pada mereka yang berlebihan berat badan dan aktif semasa usia muda.


Saya pernah terbaca kisah ibu Master Maria yang terpaksa menjalani pembedahan di kedua-dua belah lutut. Puncanya adalah kerana cairan lendir dalam sendi untuk licinkan tendon dan ligamen beliau sudah kurang. Jadi apabila tulang atas dan tulang bawah bergesel itu yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Pada mulanya beliau hanya perlu menjalani pembedahan di lutut kanan akan tetapi oleh kerana kesan sampingan pembedahan itu memberi tekanan kepada lutut kiri maka selepas beberapa lama lutut kiri pula perlu dibedah.

Allahuakbar, saya yang baca ni pon hampir menitiskan air mata membayangkan kalau ibu saya yang berada di tempat ibu beliau. Kesakitan yang dialami selepas pembedahan dan semasa menjalani sesi fisioterapi memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Sebenarnya ibu saya juga pernah mengadukan hal yang sama. Suatu hari beliau mengalami kesakitan pada sendi lutut dan rasa sakit semasa melakukan pergerakan rukuk dan sujud dalam solat. Kebetulan juga pada waktu itu sendi ibu jari tangan kanan beliau pula tidak dapat dibengkokkan dan terasa kebas-kebas. Alhamdulillah pada masa itu saya sudah mengenali AJHT dan terus hadiahkan Set Sendi Shaklee pada beliau. 


Hanya selepas satu botol beliau tak ada lagi mengadu sakit lutut dan masalah ibu jari kanan yang tak dapat dibengkokkan itu pon sudah boleh dibengkokkan tanpa rasa sakit. Selepas beberapa sesi fisioterapi saya juga nasihatkan untuk ibu saya selalu membalut tangan dengan kain yang telah direndam dengan air suam. Syukur Alhamdulillah sekarang masalah ini sudah selesai.


Jadi sekarang 3 supplement ini memang bekalan wajib ibu saya setiap bulan. AJHT dan set sendi ni memang penyelamat dengan izin Allah.


Kesimpulannya, sebagai langkah pencegahan awal mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas WAJIB mengambil supplement untuk kesihatan sendi ini. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. 





KEBAIKAN Joint Health Tablets
  • Menyokong keselesaan sendi 
  • Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi
  • Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.Bertindak sebagai kusyen 
  • Ekstrak jagung Membantu mengekalkan tulang rawan. - Membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. 
  • Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Zink, tembaga, mangan dan vitamin C. Nutrien pentinng dalam kesihatan sendi - Membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Testimoni panas set buasir

Assalamualaikum, 

Testimoni ni memang panas lagi sebab baru ajer dapat dari customer..so memang panas-panas lagi..hehe


Siapa yang sedang menderita buasir? Saya tahu ramai yang ada masalah ni tapi semua sorok-sorok control ayu dan control hensem tak nak bagitau kan kan kan. Kalau anda malu sampai bila-bila pon masalah tak akan selesai. Bila dah teruk sangat jalan terakhir adalah serah diri kat dokter dan operate..oh no!lagi la malu dan memalukan!

Ini customer saya sendiri punya testimoni..

Dia ni memang dah lama mengalami buasir..bertahun-tahun dah dan sudah sampai tahap berdarah setiap kali membuang air besar. Tapi dia takot nak bagitahu dokter pasal masalah dia ni. Namun lama kelamaan dia terpaksa bagitahu juga akibat tidak tahan menanggung derita.

Dokter membekalkan ubat Daphlon, Postan dan ubat sapu yang macam gel tu. Akan tetapi ubat-ubat tersebut memberi kesan sementara sahaja dan bila dah sekali terkena tu pemulihannya agak memakan masa. Azabnya nak bangun duduk dan nak membuang tuhan jerlah yang tau. Lebih-lebih lagi kalau najis keras..aduhai..dah macam orang dalam berpantang tau. Yang paling seksa kalau tempat buasir tu makin membengkak dan berdenyut..i nak cerita pon seriauu..

Tapi segalanya sudah berakhir apabila dia mencuba Set Buasir dari Shaklee. Tiada lagi najis berdarah, bengkak buasir yang berdenyut-denyut dan sembelit sehingga berpeluh-peluh duduk dalam tandas.. Alhamdulillah :)


PUNCA BUASIR

Punca buasir ni termasuklah suka memakan makanan pedas, berdiri atau duduk terlalu lama, kurang pengambilan makanan berserat dan air, batuk yang berterusan, kehamilan dan kelahiran.


CARA RAWAT DAN ATASI BUASIR

Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

1) Anda disaran untuk kerap mengambil MINUMAN bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak SERAT dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

2) Amalan KEBERSIHAN diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

3) Anda boleh merendamkan diri dalam AIR SUAM di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

4) Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, UBAT-UBATAN mungkin dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani PEMBEDAHAN seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.


Namun jangan risau..masih ada lagi sinar harapan untuk anda. Kalau kawan saya tadi dah bebas dari derita buasir ini, anda pon mestilah boleh! :)

Apa yang kawan saya itu amalkan?

OSTEMATRIX 
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD 
Baik untuk sendi dan otot.Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Jom lihat lagi dua testimoni dari customer yang berpuas hati selepas menggunakan Set Buasir Shaklee.




Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0166691877/ 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Friday 16 May 2014

Manfaat biji kopi

Assalamualaikum..


Anda suka minum kopi?sebenarnya kopi sangat bagus untuk kesihatan kalau tidak diambil berlebihan..saya dan suami pon sukakan kopi dan kat rumah pon memang ada 'coffee maker' untuk lebih mudah nak grind kopi sendiri..

Kalau ada coffee maker mestilah ada biji kopinya kan?kebetulan ada satu brand biji kopi yang husband beli haritu kurang sedap..nak dibuang sayang so saya cubala search apa lagi kegunaan lain biji kopi ni.

5 manfaat kopi yang anda mungkin tidak tahu!

1. Menghilangkan bau pada tangan


Biasanha lepas mongupas bawang merah atau bawang putih baunya apsti akan melekat pada tangan kan? cara nak hilangkan bau ini adalah dengan menggenggam biji kopi selama beberapa minit dan bau itu akan hianh dengan sendirinya.

2. Sebagai penahan lilin


Kalau tiada candle holder yang cantik untuk meletakkan lilin sebagai hiasan, letakkan sahaja biji kopi di dalam pasu atau bekas yang transparent. Bukan sahaja cantik tapi juga boleh memegang lilin dari jatuh kerana lelehan lilin yang cair itu akan menyalut dan mengeraskan biji kopi.

3. Peneutral bau

Kadang-kadang kita akan rasa pening kalau masuk dalam rumah yang baru dicat bukan? Letakkan sebekas biji kopi di tengah ruang pasti bau cat itu akan hilang. Begitu juga dengan kasut, toilet dan mana2 ruang yang ada bau tidak enak boleh lah letakkan bjji kopi disitu kerana kopi bertindak meneutralkan bau. Sebab itulah mesti ada disediakan biji kopi di kedai yang menjual perfume. Saya juga letakkan biji kopi di dalam satu bekas kecil di dalam setiap toilet..memang bau yang kurang enak tu hilang!

4. Mengecilkan pori pada wajah


Rendamkan 2 sudu biji kopi dengan air panas. Setelah ia agak suam cuci wajah anda dengan air tersebut. Ini boleh mengecilkan lianh-liang pori pada wajah dan menghaluskan kulit.

5.  Memberi ruang di tengah kulit pie (pie crust)


Dulu saya pon tertanya-tanya kenapa chef-chef akan meletakkan biji kopi atau biji kacang soya di tengah kulit pie sebelum membakarnya. Rupanya cara ini boleh mengelakkan lapisan kulit pai ini dari menggelembung dan kelihatan tidak cantik.

Semoga bermanfaat untuk semua :)

Monday 12 May 2014

Testimoni set slimming shaklee (93kg to 76kg!!)

Assalamualaikum semua pembaca blog Mummy Zihan..apa khabar semuanya? esok cuti wesak kan, jadi malam ni kita study sket pasal set yang fofuler sepanjang zaman ni iaitu set kurus shaklee..

Kebanyakan customer saya memang berpuas hati dengan berat badan mereka selepas menggunakan set ini. Saya sendiri pon salah seorang pengamal set kurus ini sehingga sekarang. Alhamdulillah sekarang dah maintain 52 atau 53 kg dari berat asal 68kg!! huhu


Ok so malam ni saya nak share lagi satu testimoni hebat dari Mamachrysalis..

Dipendekkan cerita memang beliau adalah jenis yang berbadan gempal sejak di bangku sekolah lagi..bayangkanlah berat beliau adalah 60kg semasa di darjah 6 sehingga digelar dugong oleh rakan-rakan..keadaan itu berlarutan sehinggalah beliau bakal berkahwin jadi beliau terpaksa menyeksa diri melakukan diet yang terlampau dengan tidak mengambil nasi dan menghabiskan ribuan ringgit di pusat slimming.

Walaupun ada penurunan berat badan namun keadaan itu tidaklah kekal lama kerana badan beliau naik mendadak selepas itu dan selepas 3minggu beliau telah disahkan hamil. Badan terus naik dan naik bagaikan dipam-pam. Berat beliau sebelum bersalin mencecah 98 kg dan selepas bersalin berat beliau tidak kurang dari 85 kg..

Namun Alhamdulillah semasa hamil anak ke 2 beliau telah bertemu dengan shaklee..dengan mengamalkan Omegaguard untuk IQ baby dan darah tinggi dan juga Cinch/ESP sebagai sumber protein untuk mengawal selera makan, berat badan beliau memang dapat dikawal dan hanyalah naik sebanyak 9kg sahaja sepanajang 9bulan hamil berbanding anak pertama dahulu yg mencecah 20kg!

Semasa berpantang beliau mengamalkan set berpantang shaklee bersama dengan set kurus shaklee..istimewanya set ini ia langsung tidak mengganggu penyusuan jadi ibu-ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pon boleh mengambil set ini. Akhirnya hanya dalam masa 3bulan setengah beliau telah berjaya menurunkan berat sehingga 76kg!! Woww!!

Beliau masih belum berpuas hati..ada misi yang perlu dilaksanakan..good luck untuk Mamachrysalis! ;)

Apa yang Mamachrysalis dan saya gunakan? Jom tengok kat bawah sini k..


Kandungan :
1. Lecithin 180 biji RM52.50
Memecahkan dan menguraikan lemak-lemak halus.

2. Omegaguard 90 biji RM136.00
Membakar dan mengempiskan perut dengan berkesan.

3. Herblax 120 biji RM52.50
Detoks, mencuci usus dan bertindak sebagai julap lembut. Ia juga membantu mengatasi maslasah sembelit.

4. Alfalfa 330 biji RM53.75 / 700 biji RM97.50
Mengandungi Saponin yang bertindak sebagai span untuk meyerap lemak dan kolesterol terurai dari tindakan Lecithin dan mengangkut lemak-lemak tersebut keluar. Sangat bagus sebagai detoks harian.

6. Cinch cafe latte/ Chocolate / Vanilla 765gram RM173.00
Protein yang memberikan rasa kenyang, mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan dan mengelakkan tubuh menjadi geleber.

7. Cinch Energy Tea Mix 12sticks RM131.00
Meningkatkan kadar metabolisme, menjadikan tubuh maintain dan tidak mudah naik semula.


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0166691877/ 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703


Sunday 11 May 2014

Hadiah sempena hari ibu?

Assalamualaikum..



Meriahnya wall FB harini dengan ucapan selamat hari ibu buat ibu-ibu tersayang..walaupun bagi saya setiap hari pon adalah hari ibu tapi tidaklah salah untuk kita meraikan mereka ini dengan membuat mereka merasakan diri mereka begitu istimewa hari ini..dan saya pon tak ketinggalan untuk menghubungi Mama saya di kampung. Walaupun terasa sedikit terkilan sebab tidak dapat menyambut hari ibu bersama-sama tapi Alhamdulillah Allah dah beri kesempatan untuk kami adik beradik berkumpul pada minggu lepas. Cantik perancangan yang Allah dah atur.

Al-Fatihah buat arwah ibu mertua saya juga yang telah pergi meninggalkan kami setahun yang lepas. Mami sentiasa berada di dalam ingatan kami semua. Mereka berdua inilah insan yang telah memberi banyak tunjuk ajar pada saya untuk menghadapi cabaran setelah bergelar isteri dan ibu..semoga Alah merahmati mereka berdua..amin..

Jadi apa hadiah hari ibu anda??

Ramai anak-anak yang terlalu nak berikan kemewahan kepada ibu dan bapa mereka..ada yang sanggup belanjakan wang ribuan ringgit untuk membeli beg tangan berjenama, baju berjenama, jam tangan berjenama tapi adakah itu lebih bernilai dari harga sebuah KESIHATAN??haa..ramai yang terlepas pandang akan hal ini..ingat yer kalau ibu dan bapa kita jatuh sakit apa nilai beg tangan mahal itu?apa nilai jam tangan mahal itu?

Walaupun tak salah untuk berbelanja lebih pada mereka sebagai hadiah atau reward tapi prioriti kita sebagai anak adalah memastikan mereka sentiasa sihat terutamanya anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Takkan nak tunggu mak mengadu sakit lutut dulu baru nak cari supplement untuk lutut kan?takkan ayah mengadu lenguh2 badan baru nak cari supplement untuk lenguh badan kan?boleh faham sendiri kot kalau dah umur 50-an kita sebagai anak dah boleh carikan mereka supplement untuk tenaga, supplement untuk sakit lutut, sakit pinggang atau apa2 suplemaent yang sesuai dengan mereka. Kadang-kadang orang tua ni tak nak menyusahkan anak-anak..bila ditanya sihat ke tidak mesti dijawabnya sihat walaupun nak bangun duduk semasa solat pon susah.

Berkat sedikit ilmu yang saya pelajari dari workshop Shaklee dan pendapatan yang saya peroleh dari Shaklee saya hadiahkan set-set kesihatan ini pada ibu dan bapa saya setiap bulan dan syukur Alhamdulillah kesihatan mereka bertambah baik dari hari ke hari.

1. Set sendi shaklee untuk Mama


Mama saya mengalami sakit sendi lutut yang agak teruk akhir tahun lepas dan ini menggangu pergerakan beliau semasa bersolat. Selain itu, ibu jari mama juga tidak boleh dibengkokkan sehingga perlu jalani rawatan fisioterapi di hospital setiap minggu. Risau dengan keadaan itu saya terus belikan Mama set ini dan Alhamdulillah nurse pon terkejut kerana Mama dapat bengkokkan ibu jari dalam waktu yang singkat. Dengan konsisten mengambil Omegguard juga darah tinggi dan bacaan kolesterol menurun dengan sendirinya dan sekarang ini bacaan darah tinggi Mama telah kembali normal dan tidak perlu lagi berpantang. Lenguh-lenguh badan pon hilang dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur bagi menggantikan susu. Orang tua mana sukakan susu..hehe

2. Set gout shaklee untuk Papa

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Alfalfa yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid urik ini. Pesakit gout juga memerlukan air yang banyak justeru Performance Drink berperisa oren yang sedap ini membantu mengekalkan jumlah air di dalam badan dan mengelakkan dehidrasi. Omegaguard membantu mengurangkan keradangan dan AJHT memberi keselesaan kepada sendi.

3. Vivix untuk Papa

Alhamdulillah dengan izinNya Papa telah berhenti merokok sepenuhnya dengan bantuan supplement Vivix. Sebelum ini saya juga kurang percaya dengan testimoni dari pengedar-pengedar lain tentang Vivix boleh membantu perokok tegar berhenti merokok sehinggalah Papa berjaya berhenti merokok dengan hanya botol Vivix pertama sahaja. Mama dan saya lah orang yang paling gembira. Bila ditanya apa yang menyebabkan Papa 'quit smoking' dengan begitu mudah, Papa cakap lepas makan Vivix tu rasa rokok tu jadi 'tawar'. Patotlah ada testimoni sebelum ini yang mengatakan suaminya rasa rokok tu macam pahit lepas makan Vivix, lepas tu terus berhenti..:)


Apa-apapon segalanya dengan izinNya jua...Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan Shaklee di kala ibubapa saya perlukan suplement-supplement tambahan untuk membaik-pulih kesihatan mereka. Semoga kita sebagai anak-anak tidak mengabaikan kesihatan mereka ini. Prevention is better than cure..Selamat hari ibu semua!!:)

Jangan segan menghubungi saya untuk mendapatkan supplement hebat ini dengan konsultasi percuma!

Zihan (SID : 891703)
0133651877 / 0166691877
COD area ; Shah Alam, Bukit Jelutong, Putrajaya, Bangi, Kajang, dan sekitarnya.






Friday 9 May 2014

Produk kulit untuk putih instant?

Assalamualaikum..

Semua dah terbeliak bijik mata nak baca kan?sebab tanggapan orang kita kalau putih jer cantik padahal cantik itu subjektif..ada jer yang kulitnya takdelah putih tapi tetap cantik dan sedap mata memandang..☺️

Tapi oleh kerana terpengaruh dengan iklan2 mungkin semua orang pon nak berkulit putih..jadi tak hairanlah produk-produk pemutihan kulit kat pasaran tu  tersangat laku sehinggakan pengasasnya boleh menjadi jutawan segera..pasarkan harini bulan depan untung juta-juta..

Tapi pernah dak kita ni terfikir macamana krim atau produk tu boleh putihkan kulit dengan begitu cepat yer?tak bahaya ke?takde kesan sampingan ke?

Jawapannya adaaaa....produk2 yang menawarkan pemutihan kulit kadar segera ni memang mengandungi bahan beracun terlarang yang tak diluluskan oleh KKM..tapi oleh kerana mengejar kepentingan sendiri pihak pengeluar pandang hal ini sebelah mata jer..

Bagaimana produk beracun ini memberi kesan yang cepat?pakai magik ke?hehe produk-produk ini mengandungi bahan  yang sangat berbahaya seperti hidrokuinon dan raksa yang boleh MENGHAKIS dan MENIPISKAN KULIT  dalam waktu yang singkat..ini biasa kita jumpai dalam krim pemutih atau krim malam yang banyak dijual sekarang..murah pulak tu sebab kualiti sangat rendah..sebab tulah kita pakai krim tu harini kat muka minggu depan mesti ada orang tegur " Eh...mana pergi jeragat2 ko eh?baru minggu lepas aku tengok ada lagi.." atau "Wahhh...licin berkilat muka ko sekarang..putih melepak lepak pulak tu" haaa..itu antara ayat yang biasa kita dengar lah..mesti happy lah sebab orang dah puji kan so kita rasa produk tu bagus..tapi perlahan2 produk tu akan hakis dan hakis kulit kita sehinggakan lapisan kulit akan rosak lalu menjadi penyakit..lebih dasyat lagi boleh membawa kepada kanser kulit..nauzubillah..


So..saya nak kenalkan kepada semua adik kakak produk semulajadi yang bebas dari sebarang bahan racun merbahaya..tiada kesan sampingan pastinya..saya sendiri dah pakai selama beberapa bulan dan sangat berpuas hati dengan kesannya..Alhamdulillah..

Yang bestnya produk ini jugak boleh mencerahkan kulit..mencerah yer bulan memutihkan kulit..istilah yang berbeza tu..maksudnya ia membantu kulit kita nampak berseri dengan membuang sel2 mati pada kulit so kulit akan nampak lebih cerah dan berseri tapi tidaklah sehingga nampak putih yang pelik..faham kan?hehe

Set Nutriwhite ini memang dah diakui ramai boleh melicinkan dan melembutkan kulit wajah..ini adalah 3 produk asas dalam set jni..sekiranya berminat boleh hubungi saya ok..😊



Monday 5 May 2014

Herbal Blend cream untuk kulit cantik dan lembap

Assalamualaikum..


Sebut perkataan cantik semua pon suka..bukan wanita jer suka cantik..sebab lumrah Allah ciptakan manusia suka pada kecantikan..sebab tu kita suka lihat bunga, suka lihat laut sebab ciptaan Allah sememangnya indah dan cantik.

Tapi kecantikan kita itu mudah pudar dengan pelbagai jenis pencemaran terutamanya kulit yang mudah jadi kering dan semakin kusam.

Herbal blend adalah cream pelembap serbaguna yang saya sangat suka. Kat rumah atau bila pergi travel pon memang akan bawak. Sebab ia bukan sekadar boleh lembapkan kulit tapi banyak lagi kegunaan lain. Dah nama pon multipurpose kan..;)


1) Merawat ekzema dan gatal-gatal gigitan serangga
Ramai kanak-kanak sekarang yang mempunyai ekzema. Mungkin faktor pemakanan ibu atau persekitaran. Herbal blend sangat bagus untuk melembapkan kulit mereka yang mempunyai ekzema. Sebelum tidur atau apabila balik kampung saya mesti standby herbal blend ni sebab ia boleh menghilangkan gatal-gatal apabila terkena gigitan nyamuk. ia juga boleh jadi penghalau nyamuk kerana nyamuk tak suka bau wangi dari herbal blend ini.

2) Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Beberapa kali sapuan jer kita dah boleh rasa tumit kaki semakin lembut. Bagi ibu2 yang mengalami tumit merekah sangat digalakkan menyapu krim ini pada kaki setiap hari.

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.