Tuesday 10 September 2013

Vitalea multivitamin terbaik di dunia!

Assalamualaikum

Saya percaya di zaman moden ni semua dah celik supplement dan sekurang-kurangnya mengambil MULTIVITAMIN sebagai nutrisi tambahan seharian yang boleh menggalakkan sistem imun dan memberikan kesihatan berpanjangan. So what's your brand?

Kalau saya semestinya VITALEA SHAKLEE!



Vitalea ialah tablet multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, hanya diekstrak dari SAYUR dan BUAH dan disalut dengan serbuk nutrisi SPIRULINA. Ia juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi yang kompleks disebut "Explo-tabs". Ia adalah multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil. 

Bagaimana teknologi "explo-tab" berfungsi?

Teknologi "explo-tab" ini membenarkan tablet ini kekal di dalam sistem pencernaan buat sementara dan dilepaskan dengan cepat untuk melepaskan nutrisi. Jikalau anda memotong Vitalea kepada 2 bahagian dan perhatikan di bawah mikroskop anda akan dapat melihat bebola kecil berwarna putih iaitu butiran kanji. Apabila butiran kanji ini basah, ia akan mengembang dan selepas jangka waktu tertentu nutrisi di dalam tablet akan segera dilepaskan.

Apa perbezaan Vitalea dan multivitamin lain?

Dalam pemprosesan multivitamin lain, beberapa nutrisi akan digabungkan bersama sehingga ia membentuk paste atau campuran. Dengan itu cecair mesti disingkirkan untuk membentuk kepingan (flakes). Untuk tujuan ini, kebanyakan pengeluar menggunakan petroleum. Selepas itu, alkohol pula digunakan untuk mnyingkirkan lebihan cecair di dalam pulpa untuk membentuk tablet. Jadi kebiasannya jika anda membuka botol multivitamin yang diproses menggunakan alkohol dan petroleum , anda akan terhidu bau minyak.

Akan tetapi Vitalea Shaklee hanya diproses menggunakan AIR yang mana hanya air yang akan tersejat semasa proses pengeringan untuk membentuk tablet dan tiada minyak atau bahan kimia ditinggalkan. 

JOM BUKTIKAN!



Anda hanya perlu panaskan tablet multivitamin anda untuk mengetahui samada pengeluar menggunakan petroluem semasa proses pengeluaran. Adalah dinasihatkan supaya melakukan eksperimen ini di luar rumah kerana jika produk tersebut diproses dengan petroleum ia akan mengeluarkan asap hitam dan bau yang tengik.

Eksperimen yang sama dilakukan dengan Vitalea dan ia hanya mengeluarkan bau seakan sayuran yang hangus terbakar dan hanya meninggalkan sisa seperti abu. 

Siapa Memerlukan Multivitamin?
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Boleh dikatakan semua orang memerlukan sekurang-kurangnya multivitamin untuk memelihara kesihatan yang baik. Tak kiralah anda sihat atau sakit. Kita tak nak cepat jatuh sakit kan? Jadi amat penting pelihara kesihatan dan ambil supplement tambahan dari awal lagi. Jikalau umur dah nak masuk 30-an masih tak ambil supplement, anda perlu segera mencari. Kesihatan adalah anugerah.

Jadi pilihan di tangan anda..saya semestinya memilih yang SELAMAT dan SEMULAJADI. So let me ask you again, WHAT'S YOUR BRAND?

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Thursday 5 September 2013

Panduan untuk kurus

Assalamualaikum

Saya selalu didatangi oleh customer yang ingin hamil tetapi dinasihatkan oleh doktor supaya menurunkan berat badan. Biasa kita dengar obesiti juga punca kemandulan. Jadi adalah lebih baik kita mengawal pemakanan kita dan mulakan gaya hidup sihat hari ini jugak. 


Berikut adalah tips dari blog Dr.Hamid Arshat mengenai cara menurunkan berat badan yang beliau sering nasihatkan kepada pesakit-pesakit beliau.


Selain cara di bawah adalah dinasihatkan juga untuk anda mengambil supplement pemecah lemak dan detoks yang selamat untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan supaya peluang untuk hamil lebih besar. Jangan sesekali percaya kepada ubat kurus yang menjanjikan penurunan berat dalam masa yang singkat ye..dikhuatiri didalamnya terdapat bahan2 terlarang. Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai SET SHAPE UP yang gerenti selamat dan berkesan ni.




Jom kita sama-sama amalkan panduan yang dikongsikan oleh Dr.Hamid.


1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Doa untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum

Saya pernah menonton satu rancangan bicara Dr. Fatma tidak lama dulu mengenai tips bagaimana hendak mendapatkan zuriat. Masyallah satu perkongsian yang sangat bermanfaat.

Dalam rancangan tersebut beliau telah menjemput sepasang suami isteri yang belum dikurniakan anak. Dan soalan pertama yang beliau tanyakan kepada pasangan tersebut adalah kenapa mereka mahukan zuriat?Pasangan itu menjawab kerana nakkan kebahagiaan.

Beliau tersenyum dan  berkata inilah kesilapan paling besar kebanyakkan pasangan yang berkahwin. Niat adalah yang yang paling utama, kalau niat pon dah salah bagaimana Allah nak makbulkan. Jadi beliau menasihati pasangan supaya betulkan niat terlebih dahulu.

TIPS 1 : PERBETULKAN NIAT

Niat utama kita nakkan zuriat ni bukannya untuk kebahagiaan, bukan untuk menunjuk2 aku ada anak, bukannya untuk menjamin kita di masa tua..NO!sebabnya manalah kita tahu anak itu boleh membahagiakan kita atau tidak..ada juga anak yang hanya memeningkan kepala ibu bapa bukan..nauzubillah..

Jadi niat sebenar-benarnya kenapa kita nakkan zuriat ialah kerana kita nak meramaikan umat, nak panjangkan ibadah kita dan menyebarkan agama Allah. 

Jadi yang sedang berikhtiar jom kita sama-sama betulkan dahulu niat kita ini.

TIPS 2 : ISTIGHFAR



Beliau juga menekankan untuk pasangan-pasangan yang sedang diuji ini supaya perbanyakkan istighfar! Ramai yang tidak tahu kuasa istighfar padahal dengan istighfar lah hati menjadi tenang. Bagaimana Allah nak makbulkan doa kita sekiranya kita banyak berdosa padaNya. Jadi beliau nasihatkan supaya kita ini minta ampun dahulu dengan Allah sebelum meminta hajat. Beristighfarlah paling kurang 100 kali setiap kali selepas solat dan sentiasa baca dan hafal penghulu istighfar.

TIPS 3 : DOA



Beliau ada kongsikan 2 doa untuk mendapat zuriat dan beliau meminta pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak ini supaya membaca dan menghafal doa pendek ini dan baca setiap kali lepas solat. Banyakkan juga solat taubat dan solat hajat. 


Semoga kita boleh amalkan tips yang dikongsi oleh Dr.Fatma ini. Selain itu, banyakkan juga bersedekah. Tidak kiralah pada anak yatim mahupun orang-orang miskin kerana Allah suka orang yang bersedekah dan dengan bersedekah itu Allah akan menambah rezeki kita InshaAllah..

Endometriosis punca tidak subur?

Assalamualaikum



Adakah anda sering sakit perut, pinggul, kitaran haid tidak teratur dan sakit sewaktu melakukan hubungan seksual? Jika jawapannya YA anda mungkin menghidap endometriosis.


Apa itu Endometriosis?



Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Punca sebenar belum jelas diketahui akan tetapi  antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.

Endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing. 


Penyakit endometriosis merosakkan organ-organ peranakan. Ovari boleh rosak akibat dari reaksi radangan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini menyukarkan proses percantuman benih lelaki dan telur perempuan.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. 

Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku


Penyakit endometriosis semakin meningkat dan teruk merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran berulang kali  dan akhirnya terpaksa dibedah dan dibuang rahim. 



Awas jika ada tanda2 berikut!

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur. 


Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala tersebut?

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovary dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kuih2, ice krim , chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU.
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang saya dapat dari blog pakar sakit puan, Dr.Hamid Arshat. Jadi jika anda dapati anda mengalami simptom di atas langkah terbaik dalah berjumpa dengan pakar. Selain itu sangatlah disarankan mengambil Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan Vitamin E complex dan GLA complex Shaklee seperti yang disarankan oleh doktor untuk merawat endometriosis dan seterusnya meningkatkan peluang kehamilan. 


Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Tuesday 3 September 2013

Set Kesuburan Lengkap Shaklee

Assalamualaikum

Sebenarnya penting bagi yang sedang merancang untuk hamil mula menjaga pemakanan dan mengambil supplemen tambahan tertentu untuk meningkatkan peluang kehamilan.





Set kesuburan shaklee yang telah banyak membantu para wanita di luar sana untuk hamil Alhamdulillah..saya sendiri pon sedang menunggu feedback dari beberapa customer yang sedang berusaha untuk hamil..Ya Allah permudahkanlah dan kau berikanlah peluang untuk mereka merasa nikmat mempunyai cahaya mata sendiri..amin..






Set Kesuburan Shaklee Lengkap terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin c, Alfalfa, G complex, Vitamin E, Zinc dan ESP.

ISTERI digalakkan mengambil ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Alfalfa dan Gla Complex.

SUAMI digalakkan mengambil  ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Vitamin E dan Zink.


Banyak??

Oh tidak..kalau anda tahu fungsi setiap vitamin ni semestinya anda faham kenapa vitamin ini digalakkan untuk diambil..setiap vitamin ini mempunyai fungsinya tersendiri dalam meningkatkan kesuburan. Jadi usah berkira untuk mendapatkan yang terbaik :)


1. Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  Protein ialah makanan asas kepada sel.  Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.  ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vitalea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.  Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.  Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan.  Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma.  Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

4. B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg).  Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Vitamin Kesuburan 

5. Vitamin E & Selenium

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA&DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.  Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.  Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.  Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zink

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif  menuju ke ovum.Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA ( Deoxyribose Nucleid Acid).  Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.  Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.  Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

7. Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan , masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid(makan alfalfa bersama kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) . Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa juga membantu dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur.  Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai " Mukus Serviks Putih Telur(egg white cervical mucus)".  Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub Fallopio dan ke telur (ovum).  Tambahan , cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi)


Ini adalah cadangan vitamin untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, di samping meningkatkan tahap kesihatan kedua-dua suami dan isteri. 


Jangan sesekali penat untuk berikhtiar sesungguhnya Allah sukakan hambaNya yang sabar dan rajin berusaha..sentiasa beristighfar menharapkan pengampunan Allah dan jangan lupa baca doa Nabi Zakaria setiap kali selepas solat yang akan akan saya kongsi nanti inshaAllah.


Namun, sekiranya anda telah memperuntukkan bajet tertentu untuk vitamin ini, boleh berbincang dengan saya untuk saya cadangkan set bajet untuk suami dan isteri.




Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0133651877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Monday 2 September 2013

11 tips cepat hamil

Assalamualaikum


Lazimnya, kebanyakan pasangan yang berkahwin ingin segera menimang cahaya mata. Ada yang baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mendapat khabar gembira disahkan mengandung. Namun ada yang diuji oleh Allah selama bertahun-tahun. Jangan gusar..sentiasa berdoa kepada Allah dan apa kata anda cuba tips ini..semoga membantu bakal-bakal ibu sekalian Inshallah..;)

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopia).  Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.  Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor - faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.  Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.  Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.  Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.  Kawal berat badan dan cuba kira BMI ( Body Mass Index) anda. Jika BMI anda 20-24 , maka ia menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.  Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid teratur.  Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.  Seks 3-4 kali seminggu disarankan dan pada hari-hari subur , berhubunganlah setiap hari.  Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas ( missionary position ).  Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.  Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor.  Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil MULTIVITAMIN

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.  Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8.Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.  PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.  Berita baiknya dengan mengawal hanya diet, kebanyakan wanita PCOS dapat men teratur haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat ( yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tidak logik jika tiada tekanan dalam hidup ini.  Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan .

cuba lakukan aktiviti - aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :-

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
11. Jauhi dadah , merokok dan minuman keras

Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan  risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.  Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.


Selamat mencuba!

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703

Sunday 1 September 2013

CoQ10plus khas untuk mereka yang sayangkan jantung

Assalamualaikum

Perasan tak ramai daripada kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan jantung padahal jantunglah organ yang paling penting dalam badan manusia. 

Pernah tak anda dengar orang yang sedang bersukan tiba2 rebah dan meninggal? atau pernah tak anda dengar orang yang meninggal ketika sedang tidur atau meninggal secara tiba-tiba?

Apabila didiagnosis oleh doktor rupa-rupanya mereka ini mengalami serangan jantung.

Dahulunya sakit jantung ini dianggap sebagai sakit orang-orang tua tapi sekarang ini kita sering terdengar orang yang menjalani gaya hidup aktif dan masih muda tapi tiba-tiba meninggal secara mengejut akibat serangan jantung atau akibat gangguan ritma jantung (rhtym abnormality)

Faktor genetik mendedahkan seseorang itu kepada penyakit pembunuh nmbor satu di Malaysia ini. Antara faktor lain ialah kolesterol, diabetis, obesiti, tekanan darah tinggi, merokok dan sebagainya. Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok. Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,

Lelaki biasanya mendapat risiko sakit jantung lebih awal kerana perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung dikatakan 3 kali ganda berbanding lelaki. Salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki. Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.




Atas kesedaran ini, Shaklee Malaysia telah melancarkan produk terbarunya pada 8 Jun 2013 khas untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi atau kepada mereka yang ingin mencegah masalah ini.

CoQHealth™ Plus mengandungi campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ektrak teh hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

Apa yang dimaksudkan dengan Coenzyme Q10?  Coenzyme Q10 adalah sejenis jisim yang dijumpai di dalam setiap sel dalam badan kita yang berfungsi sebagai meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel, mencegah pembentukan darah beku dan sebagai antioksidan.

Para saintis berpendapat jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 dari organ lain. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja kerana ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Degupan ini berlaku dengan adanya tenaga. Pada usia muda tubuh badan mungkin tiada masalah mengeluarkan tenaga untuk degupan jantung tetapi ia mula bermasalah ketika kurangnya pengeluaran tenaga pada usia 50-an dan seterusnya. Degupan jantung akan menjadi lemah. 


CoQ10 juga boleh didapati di dalam makanan harian kita seperti daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang,bayam dan soya. Oleh kerana usia kita yang semakin meningkat, adalah digalakkan untuk mengambil supplement CoQ10 ini yang setara dengan kandungan CoQ10 di dalam tubuh badan kita.

Dengan pengambilan sebiji sehari supplement CoQ Health Plus ini, ia akan membantu mengurangkan gejala-gejala masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. CoQ10 dapat meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Harga pasaran bagi sebotol CoQ Health Plus ini RM124, tetapi harga special menanti anda pada bulan ini sempena promosi September BUY 6 FREE 1. Jadi sebotol CoQ10 plus ini hanya lebih kurang RM100 pada bulan ini..yeay!! Mahal lagi?Cuba bandingkan harga ini dengan kos pembedahan jantung yang memakan belanja ribuan ringgit. Saya amat galakkan anda untuk mengambil produk ini kerana sudah pastinya ia semulajadi, tiada bahan sintetik, kimia atau pun dadah.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB :Anamaryam Vitashop
FB fanpage : Mummy Zihan
Email : mummyzihan@gmail.com
Whatsapp : 0166691877
Shaklee Independent Distributor ID : 891703